7 Cara Untuk Mengelak Anda Ditipu Oleh Pihak Katering

7 Cara Untuk Mengelak Anda Ditipu Oleh Pihak Katering

Susunan meja buffet

Selalu dengar kes-kes penipuan yang dilakukan oleh pihak katerer yang tidak bertanggungjawab ?

Di sini kami sediakan 7 panduan cara memilih servis katering dan bagaimana untuk elak daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

1. SEBUTHARGA

Sebutharga ialah perkara yang paling penting sebelum berurus niaga lebih terperinci. Dapatkan sebutharga yang lengkap mengenai servis katering yang ditawarkan termasuk jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan.

Contoh sebutharga

2. Pilih Katering yang Memberikan Tawaran Menarik

Selain daripada harga, pilih katering yang menawarkan tawaran lebih menarik seperti lebihan 10% jumlah makanan untuk berapa orang dan jenis makanan yang ingin disediakan. Sekiranya ada diskaun yang diberikan, selidik dahulu item yang anda perolehi pula berbaloi dengan harga yang anda dapat. Kalau dapat hadiah percuma masa booking pun boleh juga.

Hadiah percuma untuk setiap booking dengan kami

3. Food tasting

Pastikan anda datang untuk merasai sendiri makanan yang dipilih dan membuat pilihan tepat. Jangan nanti pada hari perkahwinan, jenis makanan yang anda pilih tidak sama seperti yang terdapat di dalam gambar. Rasanya apatah lagi jika anda tidak merasa makanan tersebut sewaktu berurusan dengan pihak katerer. Datang bawa satu famili sekali.

Satu famili datang untuk food taste

4. Face-to-Face

Pergi berjumpa sendiri pihak katerer yang anda telah pilih. Jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, sepupu, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan pihak katerer. Ini untuk dielak daripada ditipu.

5. Research

Buat sedikit research tentang syarikat katering yang ada di Malaysia. Cuba bandingkan harga antara servis katering setiap daripada katering yang ada. Pilih mengikut kemampuan anda dan jangan memilih mengikut hawa nafsu. Dan google juga review-review pelanggan terdahulu yang pernah menggunakan servis dari syarikat katering tersebut.

Perunding perkahwinan kami sedang memberikan penerangan kepada pelanggan.

6. Cara Bayaran

Elakkan daripada ditipu mengenai cara bayaran dan caj tambahan yang dikenakan. Dapatkan maklumat mengenai cara bayaran dan caj lengkap katering yang anda pilih. Lebih elok tidak memberi atau membayar kesemua jumlah bayaran dahulu. Bayar secara ansuran atau separuh bayaran sebelum majlis dan separuh bayaran lagi selesaikan selepas majlis.

7. Tema Majlis

Ini ialah perkara yang selalu dipandang enteng oleh sebilangan pengantin. Pilih katering yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda. Jika tema majlis perkahwinan anda bertemakan Arabian, pilihlah makanan yang ada unsur makanan Arab. Ini sedikit sebanyak memberi tetamu pengalaman berlainan di majlis perkahwinan yang mengujakan.

Kanopi Arabian

Walaubagaimanapun, dalam memilih servis katering pastikan anda memilih katerer yang betul-betul anda percayai.

Ini semua berkaitan dengan soal jumlah duit yang akan dilaburkan untuk majlis perkahwinan anda. Seeloknya berbincanglah dengan pasangan anda dan kedua-dua ibua bapa anda. Pastikan anda tidak ditipu.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co