BERATUR PANJANG AMBIL MAKANAN DI KENDURI KAHWIN MACAM NAK PERGI MENGUNDI?

BERATUR PANJANG AMBIL MAKANAN DI KENDURI KAHWIN MACAM NAK PERGI MENGUNDI?

Siapa pernah nampak atau lalui kes macam ni?
.
.
Kalau yang dah pernah lalui kes macam ni, sebenarnya ada 2 perkara atau sebab :-

1) Perunding Perkahwinan / Katering tak tekankan/beri penjelasan/pendapat atau terlepas pandang berkenaan JUMLAH TETAMU vs JUMLAH PAX.

Atau

2) Perunding Perkahwinan / Katering dah tekankan/bagi pendapat/penjelasan/penerangan berkenaan JUMLAH TETAMU vs JUMLAH PAX. Tapi tidak diambil peduli.

.
.
So pihak mana benar? Pihak mana salah?

 

proof 3
.
.
Dah jadi macam ni, sesi tunding menunding memang biasalah berlaku betul x?
.
.
Ok, disini Hafiz Idrus ambil 1 kes sebagai contoh dimana Majlis Perkahwinan yang dibuat secara “BERGABUNG” atau buat serentak bersama keluarga pihak lelaki & perempuan.
.
.
YESS YESS YESS, majlis yang dibuat serentak ni memang “SAVING” sangat tau..
.
.
Tapi jangan terlampau SAVING.
.
.
Ok, pertama sekali untuk mengelakkan situasi macam ni berlaku ( beratur macam nak mengundi ) :-

1- Pihak sebelah lelaki kena senaraikan jumlah tetamu
2- Pihak sebelah perempuan kene senaraikan jumlah tetamu
.
.
Nampak x? Kedua belah pihak kene ada senarai jumlah jemputan.. baru lah dapat kuantiti PAX ( Makanan ) yang nak di tempah. Nampak tak ni 🤔?
.
.
Biasanya 1000 pax OFKOZZ tak cukup utk majlis yang dibuat serentak ni berdasarkan pengalaman.
.
.
Ehhh cukup lah, kalau tak cukup… kami ikhtiar sendiri lah nanti.. kad kahwin pon kami akan edar ngam2 jer..
.
.
Yeke ni? Taknak lah percaya bulat-bulat Tuan/Puan 😅
.
.
Kenapa jangan percaya? Ehh jahat plak ajar suh jangan percaya haha…
.
.
Bukan macam tu, kebiasaan nya 1k pax pasti tak akan cukup dengan majlis yang bergabung ni.. paling kurang 1500 pax – 2000 pax minimum.
.
.
Yer lah… jika 1000 pax ( majlis serentak )
Kita ambil 1 kad nisbah 3 (1:3)
( dimana 1000 pax/3 org)
Sebelah pihak lelaki – Anggaran 350 kad
Sebelah pihak perempuan – Anggaran 350 kad
.
.
Boleh percaya ke edar kad 350 kad?
Ni xmasuk yang WHATSAPPnya,FACEBOOKnya dll lagi.
.
Tapi, kalau ada yang ambil berat pasal ni dah pasti akan maklumkan pada pihak katering.
.
.
Tapi yang dah tahu edar lebih, xnk maklumkan? Sebab tu lah punca kes macam ni terjadi. Tiada “communication”.
.
.
Atau pihak katering xmaklumkan bagaimana pengiraan sebenar pun salah satu punca.
.
.
Jadi, komunikasi & perbincangan penting.

1) pihak katering/perunding perkahwinan maklumkan berapa jumlah kad yang perlu edar jika mahu 1000 pax juga.
2) jika pihak sebelah lelaki & perempuan dah ada senarai jumlah tetamu, baru lah anda dapat tahu berapa jumlah pax yang bakal ditempah.
.
.
Jadi jika dah tahu, kena lah ambil berat sebab ni majlis sendiri.. jika tak ambil berat kesan nya jadi macam ni lah huhu…
.
.
Macam mana pula dah bagi tahu tapi taknak buat penambahan PAX?
.
.
Haa yang ni berat, masalah DAH TAHU akan jadi sebelum majlis berlansung.
.
Perunding perkahwinan bawa pelanggan kedalam situasi sebenar dimana :-

1) apa yang akan berlaku jika tak lakukan penambahan
2) apakah makanan akan habis awal? Seawal jam 12:00 pm?
3) kalau tak ada kedai berhampiran macam mana nak cover?
4) apa akan jadi pda servis nanti? Mesti akan kelam kabut.
5) makanan habis nak bagi makan apa?

Semua ni akan berbalik pada diri sendiri juga, malu juga akan dapat sebabnya tetamu tak tahu pun yang tuan rumah tempah 1000 pax yang datang 3000 pax…

Datang nak makan jerr….
.
.
Apa-apa pon perbincangan & kerjasama antara semua pihak amat penting dalam menjayakan sesuatu majlis…

Bukan kerana nak minta tambah sebab nak UNTUNG, tapi utk menjaga SERVIS,KUALITI,juga menjaga PIHAK TUAN RUMAH supaya majlis berjalan dengan lancar & cukup.
.
.
.
Ok dah nampak tak situasi ni? So dah tahu kan kesan-kesan nya? Hehe…
.
.
So lepas ni dah tahu lah kan, berapa nak edar kad, berapa pax nak tempah, kalau jemput/edar lebih WAJIB ke bagitahu pihak katering, kalau taknak tambah apa akan jadi?
.
.
Moga perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama.

TAHNIAH anda yang berjaya baca awal hingga akhir

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co