CARA UNTUK MENGIRA BILANGAN TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA.

CARA UNTUK MENGIRA BILANGAN TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA.

BAGAIMANA CARA UNTUK ANDA MENGANGGARKAN BILANGAN TETAMU YANG HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA.

Kebanyakkan daripada anda susah untuk agak berapa sebenarnya bilangan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan khidmat katering dalam menyediakan makanan untuk tetamu anda.

Dari pengalaman kami sepanjang kami menjalankan perkhidmatan katering perkahwinan ini, ada je dua hingga tiga kes makanan tidak cukup telah kami tempuhi. Dan yang akan dipersalahkan adalah pihak katering laa iaitu kami ni. Padahal kami sediakan makanan mengikut tempahan yang pihak tuan rumah tetapkan. Malahan kami sudah lebihkan makanan dalam 10% untuk tuan rumah.

Rata-rata yang kami jumpa menghadapi masalah ini adalah tuan rumah yang tiada pengalaman mengadakan majlis perkahwinan. Kalau pernah buat majlis perkahwinan pun tapi masih belum tahu formula sebenar yang pihak katering gunakan untuk mengira jumlah kedatangan tetamu.

Di sini, kami kongsikan formula atau cara untuk membuat penggiraan tersebut :

Cara mengira tetamu jemputan kahwin

Daripada formula ini juga, anda boleh membuat anggaran berapa jumlah kad jemputan perkahwinan yang perlu dicetak.

Tapi, harus diingatkan.

Formula ini hanya untuk penggiraan jumlah kad kahwin yang diedarkan belum termasuk :

  1. jemputan mulut oleh ibu bapa, adik beradik atau saudara mara
  2. jemputan menerusi group whatsapp
  3. jemputan menerusi facebook event

Sebenarnya, banyak faktor lain juga mempengaruhi jumlah kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.

Di sini, pihak perunding perkahwinan kami akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda bakal pengantin dan mak ayah yang ingin menjayakan majlis perkahwinan yang lancar dan gilang gemilang.

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co