Ingin Memulakan Perniagaan Katering Dari Rumah

Ingin Memulakan Perniagaan Katering Dari Rumah

bisnes katering

Adakah anda seorang suri rumah yang aktif, pandai memasak dan suka berjumpa dengan orang ramai? Ingin menceburi dalam bisnes katering dari rumah?

Anda boleh memulakan bisnes katering ini dari rumah secara kecil-kecilan atau terus berskala besar dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ‘Lunch Box’ dari rumah ke rumah dan ke pejabat-pejabat. Anda juga boleh mulakan dengan mengambil tempahan katering untuk majlis doa selamat, tahlil, harijadi dan mesyuarat-mesyuarat. Bila anda sudah ada kelengkapan yang cukup, anda boleh mula mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan pula.

Sebagai permulaan anda di dalam bisnes katering dari rumah ini. Perkara pertama yang perlu anda ada selain bakat memasak adalah :

Lesen Perniagaan

Untuk memulakan sesuatu perniagaan di Malaysia ini, anda perlu daftar perniagaan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anda gagal untuk mendaftarkan perniagaan anda ini.

Suntikan Typhoid dan Sijil Pengendali Makanan

Selepas pendaftaran anda perlu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan typhoid untuk mencegah penyakit menular. Suntikan ini amat perlu bagi anda sebagai pengendali makanan. Adalah satu kesalahan sekiranya anda mengendalikan makanan tanpa suntikan ini. Sebagai pengendali makanan, anda juga wajib menghadiri kursus pendek (1 hari) pengendali makanan yang dianjurkan oleh pihak Majlis berkuasa tempatan atau pihak swasta.

kursus pengendali makanan

Menu makanan dan pakej katering

Cara paling mudah untuk mengetahui menu makanan dan pakej katering yang boleh anda sediakan adalah dengan melihat-lihat pakej yang disediakan oleh pihak katerer lain. Lihat juga struktur harga yang mereka tawarkan. Kemudian anda juga perlu buat semakan kos yang terlibat sebelum anda menetapkan harga untuk pakej katering anda. Jangan sesekali beri harga rendah dari pasaran kerana ini akan membunuh bisnes anda nanti.

Pemasaran 

Untuk permulaan ini, anda tidaklah perlu membuat pemasaran yang hebat atau memerlukan kos yang tinggi. Cukup hanya membuat flyers dan bunting kemudian diedar dan digantung di sekitar kawasan perumahan anda. Kenalkan dulu bisnes katering anda di kawasan kejiranan anda. Anda juga boleh mengambil bahagian dengan menyediakan makanan untuk sebarang majlis di situ.

Bisnes katering adalah satu bisnes yang berpotensi besar dengan keadaan sosioekonomi sekarang ini. Setiap hari ada saja mesyuarat yang memerlukan katering kecil untuk sediakan makanan. Malahan di lembah kelang hampir setiap minggu ada saja majlis perkahwinan yang diadakan.

Jadi, mulakanlah.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co