Insentif Perkahwinan Belia Selangor Untuk Perkahwinan Kali Pertama

Insentif Perkahwinan Belia Selangor Untuk Perkahwinan Kali Pertama

Program Insentif Perkahwinan Belia

Tahukah anda, pihak kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ada memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada mereka yang baru berkahwin kali pertama di sini.

Program Insentif Perkahwinan Belia ini adalah terbuka kepada semua kaum dan tiada sebarang had pendapatan untuk memohon insentif/bantuan perkahwinan ini.

Permohonan insentif perkahwinan ini HANYA sekali dan melalui online sahaja. Semua dokumen sokongan perlu dihantar sebelum genap 3 bulan dari tarikh nikah atau daftar perkahwinan.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  3. Lahir di luar Negeri Selangor mestilah bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  4. Berumur 35 tahun ke bawah
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja
  6. Permohonan terbuka dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi bukan Islam)
  7. Tarikh tutup pendaftaran online dan penghantaran dokumen yang lengkap adalah sebelum genap 3 bulan daripada tarikh nikah / daftar perkahwinan

Dokumen Diperlukan.
Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan WAJIB mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Pemohon bukan kelahiran Selangor:
    1. Cop pengesahan mastautin; DAN
    2. Satu salinan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah

Untuk permohonan online boleh klik link ini -> daftar

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co