Mami In Da House!

Mami In Da House!

Menjadi kebiasaan ketika satu majlis perkahwinan kejadian
ini akan berlaku bila ada campur tangan orang luar atau orang
yang lebih berusia.

 

Kebiasaannya dari ahli keluarga terdekat contoh :

  1. Mak long,
  2. Mak ngah,
  3. Mak su,
  4. Kak long,
  5. dan lain lain berkaitan.

 

Cuma kami simpulkan dengan gelaran mudah ” MAMI”.

Kisah nya akan bermula pada awal hari majlis sahaja.
” Mami ” akan datang untuk memberi arahan lebihan
yang secara tidak langsung akan menganggu flow asal
majlis yang seperti dirancang.

Selalu isu yang di beri perhatian penuh oleh MAMI tentang
penambahan lauk di meja buffer tetamu, persiapan menu
pengantin,keadaan pelamin nak tambah itu ini secara on
the spot, dan perjalanan majlis samada nak tambah sesuatu
atau kurang kan secara tiba-tiba.

Kami amat menekan kan isu penambahan lauk atas meja buffet .
Disebab kan setiap hidangan adalah bersifat subjektif. Bermaksud
letak banyak banyak pun akan habis cepat juga.

Tambahan pula gabungan Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah
sangat menyelerakan itu membuatkan tetamu akan ter ambil lebih.

Di mana menjadi perkara utama di titik beratkan oleh Ketua Pelayan
Sajian kami untuk sentiasa perhati kan keadaan lauk di meja buffet.

Yakni pasti kan makanan mampu bertahan terhidang atas meja buffet
sampai ke akhir majlis bagi menjaga air muka Tuan rumah.

Takut isu makanan sudah habis terlalu cepat sedangkan masih
lagi ramai yang sedang beratur menunggu makanan.

Tetapi kebiasaan kami akan berlakon ” kalah ” untuk mengelak
bertegang leher dan tidak mahu merosakkan mood majlis raja sehari.

Dengan pantas kami maklumkan kepada wakil tuan rumah yang
dari awal sudah terlibat dan faham dengan jelas flow majlis yang
dirancang berkenaan hal berkenaan dan standby untuk sebarang
kemungkinan.

Yang selebihnya kami serahkan kepada wakil tuan rumah.

Selain dari itu, kedudukan dan tugas-tugas Pelayan sajian kami
juga akan terjejas sebab ” mami” akan bertindak memberi arahan
kepada sesiapa yang dia jumpa.

Sedangkan kita sudah buat pembahagian tugas dan kawasan.

Tak kira Ketua Pelayan hingga ke pencuci pinggan di belakang.
Siapa yang dia jumpa semua kena ikut arahan dia…kih kih kih.

Pening memang pening bila jumpa Mami.
Penat memang penat nak senyum depan Mami
tetapi itu lah cabaran yang selalu kami terima.

Tidak disalah kan apa tindakannya.
Tidak dibenci atas arahannya.

Kami faham niat nya untuk membantu.
Cuma takut semua kesalahan diletakkan atas kami.

Kami akan kena bijak untuk mengatasinya.
Elakkan Mami  “ganggu”  hingga ke kawasan dapur.

Nanti lagi pening. =)

.

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co