PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT BAJET

PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT BAJET

TAJUK

 

TIPS PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT BAJET.

 

Q

 

#1 IKUT KEMAMPUAN

” Ukur baju di badan sendiri “, bakal pengantin harus sentiasa berpegang pada prinsip ini agar tidak berlebihan berbelanja ketika majlis. Pastikan bajet sesuatu majlis mengikut apa yang anda mampu dan yang penting sahaja jika bajet anda terhad agar anda tidak perlu berhutang hanya untuk sesuatu yang tidak penting di sisi agama.

Simpan sedikit duit untuk memulakan kehidupan selepas berkahwin nanti

Anda juga boleh membeli barang keperluan utk hari perkahwinan nanti sedikit demi sedikit setiap bulan untuk meringankan sedikit beban.

 

2

 

#2 PENGURUSAN KEWANGAN

Setiap bakal pengantin haruslah mempunyai pengurusan kewangan yang bagus agar perbelanjaan,pendapatan dan hutang dapat diuruskan dengan baik.

Setiap pasangan haruslah mempunyai bajet bulanan dan cuba tidak berbelanja melebihi dari bajet yang ditetapkan.

Mungkin di awal nya sukar tetapi jadikan amalan dan inshaallah semuanya akan mudah.

Anda juga boleh buat 1 akaun bank berasingan dimana wang simpanan untuk majlis perkahwinan anda nanti disimpan di dalam akaun berasingan supaya anda tidak terguna wang tersebut.

 

3

 

# 3 KAJI & BANDINGKAN HARGA

Untuk semua perkara persiapan majlis bahagia anda,ambil masa bersama pasangan untuk mengkaji pakej-pakej yang ditawarkan oleh beberapa pihak.

Cari dua atau tiga pembekal untuk setiap perkara seperti kad kahwin, doorgift, katering dan sebagainya.

Anda boleh menilai setiap harga, item yang di tawarkan dengan baik.

Dengan ini,anda dapat memilih persiapan perkahwinan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Pastikan anda jelas & faham setiap pakej/item yang ditawarkan & jangan mudah terpengaruh dengan harga semata-mata.

 

4

 

#4 KEJAR ‘JUALAN MURAH’

Ajak pasangan anda melawat pameran-pameran perkahwinan/pengantin yang sering diadakan di malaysia. Di sana,anda akan ditawarkan dengan pakej-pakej perkahwinan yang murah & berbaloi.

Dan ada juga pihak perunding perkahwinan menawarkan harga “diskaun”. Anda perlu bijak memilih perbandingan setiap pakej.

Kebiasaan nya, tawaran diskaun yang menarik biasa berlaku ketika musim perayaan,jualan awal tahun dan sebagainya. Kerana pada waktu itu,harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi.

 

5

 

#5 REKOD PERBELANJAAN

Untuk setiap perbelanjaan atau pembayaran untuk hari bahagia anda,rekod kan dan simpan resit-resit tersebut agar anda dapat mengawal perbelanjaan bajet anda.

Dengan apa yang anda laukan ini,anda akan nampak aliran setiap wang dan dapat menghalang anda untuk berbelanja secara berlebihan.

Semoga tips-tips ini,dapat membantu anda
Good Luck & Selamat pengantin Baru dari Kak Min .

 

 

.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co