Portal khas untuk semak akaun bank yang terlibat dalam penipuan

Portal khas untuk semak akaun bank yang terlibat dalam penipuan

portal khas kesan penipu

Baru-baru ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah melancarkan satu portal khas bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank yang terlibat dalam penipuan urus niaga atas talian.

Kini banyak kita dengar mengenai penipuan yang dibuat oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di dalam transaksi jualan di atas talian. Diharap dengan usaha pihak JSJK ini dapat membantu para pengguna membuat semakan sebelum membuat sebarang bayaran kepada peniaga yang menipu ini.

Dengan hanya memasukkan no akaun bank ke portal ini, sekiranya akaun bank tersebut pernah dilaporkan terlibat dalam penipuan maka ia akan dipaparkan di carian.

Bagi orang ramai yang mahu membuat semakan, portal terbabit boleh dicapai di pautan berikut http://ccid.rmp.gov.my/semakmule

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co