Soalan & Jawapan Lazim Mengenai Tempahan Katering Perkahwinan

Soalan & Jawapan Lazim Mengenai Tempahan Katering Perkahwinan

FAQ-banner

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang biasa kebanyakkan bakal pelanggan kami bertanya dalam mencari pakej katering yang sesuai. Di sini kami sediakan dengan jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :

Berapa jauh ‘coverage’ perkhidmatan oleh pihak Cahaya Kristal ?

> Secara asasnya kami beroperasi sekitar lembah kelang dalam 50km radius. Luar daripada ini akan ada caj tambahan untuk penghantaran.

Bila masa yang sesuai untuk saya buat tempahan? Adakah pihak Cahaya Kristal terima tempahan ‘Last Minute’ ?

> Sekiranya tarikh majlis anda jatuh pada musim cuti persekolahan, adalah baiknya anda membuat tempahan awal 6 bulan ke atas sebelum majlis anda. Jika tarikh majlis anda bukan pada waktu cuti umum atau persekolahan, maka tempoh 3-4 bulan adalah waktu yang sesuai untuk membuat tempahan. Untuk ‘last minute’ kami tidak nasihatkan, jika terpaksa juga kami lihat pada kekosongan slot pada waktu tersebut.

Ada ‘food tasting’ ke sebelum tempah ?

> Ada, dan kami berikannya secara percuma. Untuk makanan ini memang kami akan berikan dari makanan majlis yang dimasak banyak bukan dari makanan yang dimasak sedikit untuk sesi ‘food taste’ sahaja. Ini adalah untuk pastikan anda merasakan makanan yang dimasak untuk majlis sebenar. Sesi ‘food taste’ ini kami buat setiap hari kerana kami menyediakan dalam bentuk pack frozen dan perlu dipanaskan semula. Anda juga boleh datang sesi ‘food taste live’ di tempat majlis sebenar.

Macam mana saya nak tahu berapa bilangan makanan yang patut saya tempah ?

> Penggiraan ini bergantung kepada bilangan kad jemputan kahwin yang anda cetak dan edarkan. Kami ada sediakan post khas berkenaan soalan ini. Anda boleh rujuk di sini -> Cara Untuk Mengira Bilangan Tetamu Ke Majlis Perkahwinan Anda.

Untuk Pakej Dewan, adakah sewaan dewan sudah termasuk sekali ?

> Tidak termasuk, pihak tuan rumah yang perlu mencarinya sendiri. Jika perlu, pihak kami ada sediakan pakej lengkap termasuk dewan juga. Tertakluk kepada kekosongan.

Sekiranya saya ambil pakej katering khemah, bilakah khemah akan dipasang & susun atur kerusi meja dibuat ?

> Mengikut SOP kami adalah sehari sebelum majlis. Jika ada permintaan untuk pemasangan awal boleh dimaklumkan pada kami. Kami juga menggalakkan tuan rumah untuk memaklumkan kepada jiran tetangga untuk melancarkan lagi kerja-kerja pemasangan khemah ini.

Majlis saya dibuat di dewan, jadi bilakah pihak katerer akan datang untuk setup segala kerusi, meja dsb ?

> Untuk di dewan pula sila pastikan apabila anda menyewa dewan anda turut memaklumkan kepada pihak yang menyewakan dewan untuk membenarkan pihak katerer menghantar segala peralatan & kelengkapan seawal jam 5 petang @ selewatnya jam 8 malam 1 hari sebelum majlis berlangsung.  Contoh : Majlis anda pada hari Sabtu, jadi anda perlu memaklumkan kpd pihak yang menyewakan dewan utk membenarkan pihak katerer menghantar segala kelengkapan majlis pada hari Jumaat seawal jam 5 ptg @ selewatnya jam 8 malam.

> Bagi dewan yang hanya membenarkan penghantaran barang & susun atur dibuat selepas jam 11 malam, caj tambahan sebanyak RM200 akan dikenakan kepada pihak pengantin bagi menanggung kos tambahan untuk bayaran pekerja.

> Anda perlu memastikan susun atur boleh dibuat 1 hari sebelum majlis dengan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak yang menyewakan dewan. Caj tambahan sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya susun atur hanya boleh dibuat pada sebelah pagi hari majlis oleh kerana kami terpaksa membawa pekerja tambahan dsb.

Ada bagi extra tak untuk tempahan makanan ?

> Bagi setiap tempahan, pihak kami ada extra kan sebanyak 10% untuk makanan.

Jika makanan yang ditempah tak cukup/habis lebih awal, adakah pihak katering boleh memasak lauk tambahan ?

> Tidak boleh, kerana kami tidak bawa dan sediakan peralatan di tempat majlis. Tetapi kami akan bantu tuan rumah untuk membeli makanan di kedai-kedai makan berhampiran dengan menggunakan tunai dari pihak tuan rumah.

Macam mana pula kalau sekiranya terjadi makanan yang disediakan pihak katering rosak semasa majlis atau menyebabkan keracunan ?

> Pihak kami akan mengantikan makanan yang rosak dengan makanan yang sesuai dan cepat untuk disediakan pada masa kejadian. Bayaran akan dipulangkan semula mengikut lauk yang rosak.

> Untuk kes keracunan makanan pula, pihak kami akan memulangkan semula keseluruhan bayaran selepas disahkan salah kami.

Pada jam berapa pihak katering akan sampai di tempat majlis ?

> Kebiasaanya kami akan sampai awal dalam 2 jam sebelum majlis dan selewatnya kami sampai jam 10.30 pagi untuk majlis yang bermula pada jam 11 pagi.

Sekiranya ada makanan yang lebih setelah selesai majlis, apa yang pihak katering akan buat ?

> Pihak kami tidak akan membawa balik makanan lebih dan akan memberikan kesemua makanan yang lebih kepada tuan rumah. Cuma pihak tuan rumah perlu menyediakan bekas atau plastik sendiri untuk kami isikan.

Pembersihan selepas majlis tu macam mana?

> Pihak katering hanya akan bersihkan kawasan penyediaan dan stesen buffet sahaja. Untuk kebersihan keseluruhan dewan atau kawasan rumah tidak termasuk dalam skop pembersihan kami.

Masih ada persoalan yang merungsingkan kepala anda? Hubungilah kami untuk bertanya lebih lanjut..

018-2181954 (En Hafiz), 017-3048672 (Cik Ekin)

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co