Sudah Beli Barang Hantaran ??

Sudah Beli Barang Hantaran ??

Majlis perkahwinan anda sudah dekat. Selain pening memikirkan hal-hal berkaitan tempahan dewan/kanopi, katering dan kad jemputan. Ada lagi satu benda penting yang perlu diselesaikan oleh pasangan pengantin iaitu Barang Hantaran Perkahwinan.

Nampak macam mudah. Beli je apa yang perlu. Namun ianya bukan semudah yang disangka. Banyak perkara perlu diambil berat sebelum membuat sebarang keputusan.

Di sini kami senaraikan 6 Tips Dalam Menyediakan Barang Hantaran Perkahwinan.

Barang Hantaran Perkahwinan

TIPS #1 : TETAPKAN JUMLAH DULANG.

Jumlah dulang penting untuk ditetapkan, biasanya waktu bertunang. Kalau tak tahu berapa nak sediakan, susah korang nak list-out apa kena beli.

Lazimnya jumlah hantaran dari lelaki dan perempuan tak sama. Akan lebih 2 dulang oleh pihak perempuan.

Contoh :
5 (dari lelaki) & 7 (dari perempuan)
7 (dari lelaki) & 9 (dari perempuan)

Jumlah ni tak tetap, boleh pilih ikut pada kemampuan.

 

TIPS #2 : SENARAIKAN BARANG-BARANG PENTING

Sebelum korang decide nak beli apa untuk pasangan, elok duduk berbincang apa barang yang diperlukan oleh pasangan.

Tanya apa barang yang dia akan pakai, dan apa barang yang dia suka jika dapat.

Elakkan dari beli untuk suprise sebab kalau pasangan tak pakai atau tak suka, ada yang kecil hati. Juga, elakkan barang yang tidak perlu sebab bila tak digunakan dah membazir. Duit banyak lagi nak pakai.

Perkahwinan alam yang perlu banyak berbincang, jika hal hantaran yang kecil susah untuk berbincang bagaimana nak hadapi cabaran besar nanti?

coklat hantaran kahwin

TIPS #3 : SEDIA DAN RANCANG BAJET

Selepas senaraikan apa barang yang hendak dibeli, buat market survey harga barangan tersebut.

Sediakan bajet berapa jumlah total duit yang akan dibelanjakan.

Dari bajet tersebut, korang boleh rancang berapa wang yang perlu dikumpul, bila tempoh masa untuk lengkapkan barang dan lain-lain.

 

TIPS #4 : ALERT TEMPOH SALES / PROMOTION

Tempoh sales/promotion ni bantu jimatkan 10-20% perbelanjaan barang hantaran. Pastikan korang catit jika ada sales di mana-mana shopping complex berdekatan.

Contoh jika korang bajet RM 100 untuk 1 pasang baju & seluar, pada waktu ‘sales’ anda boleh dapat 2 pasang baju dan 1 seluar. 1 pasang baju tu boleh guna buat kerja atau majlis lain.

Jimat kan?

kasut hantaran kahwin

TIPS #5 : PILIH DEKORASI GUBAHAN

Dekorasi gubahan ini pastikan ia nampak cantik dan kemas. Cantik dan kemas tak semestinya mahal jika tahu gubah sendiri. Barang nak hantar rumah orang, mesti kena nampak kemas kan?

Padanan warna hantaran dan baju keluarga atau dulang girls/boys korang nanti akan buat gambar kahwin lagi ohsem tau!

Bajet untuk gubahan dulang hantaran kahwin biasanya dalam lingkungan RM 200 – RM 500 mengikut tahap gubahan dan jumlah dulang.

 

TIPS #6 : SIMPAN HANTARAN DENGAN SELAMAT

Bila dah siap gubah cantik-cantik dan sedia untuk dibawa masa majlis pernikahan, pastikan setiap barang hantaran disimpan di tempat selamat dan jauh dari kanak-kanak.

Jika ada kek, buah atau makanan yang mudah cair simpan di peti ais dengan teliti.

Jika ada barang berkaca/mudah pecah bawa secara berasingan semasa majlis.

Bagi barang-barang berharga seperti telefon bimbit, cincin, rantai dan sebagainya pastikan ia disimpan rapi sebelum dan selepas majlis.

Selalunya barang hantaran mahal ramai mata memerhati.

Ok lah, cukup 6 tips dari admin untuk barang-barang hantaran. So make sure korang tidak membazir masa beli barang hantaran ok?

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co