Tips Bagaimana Survey Pakej Perkahwinan Terbaik Di Ekspo Perkahwinan

Tips Bagaimana Survey Pakej Perkahwinan Terbaik Di Ekspo Perkahwinan

Time sekarang ini, hampir setiap bulan ada saja penganjuran Ekspo Perkahwinan yang diadakan di pusat-pusat membeli belah atau dewan-dewan perdagangan. Anda akan jumpa pelbagai tawaran menarik sehingga rambang mata.

Kami juga pernah menyertai aktiviti ini bagi mempromosikan pakej-pakej yang pihak kami tawarkan kepada pelanggan.

tim ckvengers

Jadi di sini, dengan pengalaman ini kami ingin kongsikan kepada pembaca sekalian 5 tips bagaimana memilih penyedia perkhidmatan terbaik untuk anda semasa datang berkunjung ke Ekspo Perkahwinan.

Selamat membaca.

.

.

5 TIPS BAGAIMANA MEMILIH PENYEDIA PAKEJ PERKAHWINAN YANG TERBAIK

1. BERDAFTAR DENGAN SSM

Pastikan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mereka yang berdaftar akan meletakkan no pendaftaran syarikat di flyers, buku resit dan juga kad perniagaan mereka. Anda juga boleh semak syarikat itu berdaftar atau tidak di laman web SSM ini.

2. LIHAT ALAMAT PERNIAGAAN MEREKA

Selepas anda pastikan syarikat tersebut berdaftar, sekarang tengok pula pada alamat perniagaan mereka. Pastikan alamat mereka di kawasan pejabat atau perindustrian. Jika alamat rumah, besar kemungkinan mereka akan sub majlis anda kepada katerer lain. Kalau langsung tiada alamat di flyers mereka, maka segeralah anda angkat kaki.

3. TANYAKAN STATUS STAFF

Kemudian, tanyakan juga status mereka yang ada di booth tersebut. Samaada mereka adalah pekerja tetap di syarikat tersebut atau hanya part time untuk ekspo tersebut sahaja. Kenapa perlu tanya status? Sebabnya, bila kita sudah berurusan dengan orang itu. Maka sehingga selesai majlis kita pun kita berurusan dengan orang yang sama kann.

4. SEBUTHARGA

Lihat pada sebutharga katering yang diberikan dan kemudian periksa setiap item menu, peralatan dan kelengkapan katering. Adakah harga yang diberikan masuk akal atau tidak. Jika terlampau murah betulkah harga itu berbaloi dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Kalau kita makan nasi beriani dekat luar pun dah dekat RM7 – RM9 seorang. Ini mereka boleh bagi RM 10 per pax untuk 1000 tetamu, lengkap dengan baju, pelamin dan katering. Macam sesuatu sangatt disitu ….

5. REVIEW

Ini last, sebelum anda letak booking di situ. Pergi search dekat google review oleh pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Dari situ baru anda buat keputusan.

 

Jadi, ini serba sedikit tips dari kami sebelum anda melangkah masuk ke Ekspo Perkahwinan yang anda hendak pergi.

Jika tidak sempat pergi, anda boleh je hubungi konsultan perkahwinan kami di bawah ini :

013 – 286 2454 – ( Cik Ekin )

013 – 287 2454 – ( Pn Seri )

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co