Tugas Perunding Perkahwinan

Tugas Perunding Perkahwinan

Salah satu perkhidmatan yang kami berikan kepada bakal pengantin adalah sebagai perunding perkahwinan atau Wedding Consultant. Tugas utama kami adalah memastikan segala perancangan majlis berjalan dengan lancar dan menjadi koordinator pada hari majlis.

Jika dahulu hanya golongan atasan yang berpendapatan tinggi atau golongan VVIP sahaja yang menggunakan khidmat perunding perkahwinan ini. Kini  sesiapa saja mampu menggunakan khidmat ini kerana atas faktor kesibukan bakal pengantin dan keluarga untuk menguruskan perancangan majlis.

perunding perkahwinan

Antara barisan perunding perkahwinan kami.

Sebelum anda memilih untuk mendapatkan khidmat perunding perkahwinan daripada kami.

Disini kami berikan tugas-tugas perunding perkahwinan adalah :

  1. bertindak sebagai perancang majlis dengan memberi khidmat nasihat dan cadangan berkenaan :
    • bajet keseluruhan majlis
    • bilangan jemputan untuk tempahan katering
    • bilangan kad jemputan yang perlu dicetak
    • pemilihan lokasi sama ada di dewan atau di rumah
    • pemilihan tema dan konsep untuk pakaian, dekorasi pelamin dan dekorasi ruang
    • menyediakan aturcara majlis
  2. bertindak sebagai Personal Assistant untuk mengingatkan anda berkenaan dengan temujanji anda dengan pihak butik pengantin dan sesi food taste.
  3. pada hari majlis bertindak sebagai koordinator majlis yang memastikan aturcara majlis dipatuhi dan memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.

 

Perunding perkahwinan kami sedang memberikan penerangan kepada pelanggan.

Perunding perkahwinan kami sedang memberikan penerangan kepada pelanggan.

 

Tips kepada bakal pengantin, jadikanlah perunding perkahwinan sebagai rakan karib anda sepanjang perkenalan singkat ini kerana beliau adalah orang terpenting dalam menjayakan majlis perkahwinan anda nanti.

Untuk itu, anda perlu mencari perancang perkahwinan yang boleh dibawa berunding dalam pelbagai situasi dan tidak cepat melenting agar majlis perkahwinan anda berjalan lancar dan menjadi majlis perkahwinan yang sukar untuk dilupakan.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Powered by themekiller.com watchanimeonline.co