3 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan Yang Mudah & Berguna Untuk Bakal Pengantin
Sudah kah anda membuat persediaan untuk majlis perkahwinan anda , atau anda nak main redah jer , jangan buat main ya nak buat majlis perkahwinan ni , takut silap bulan lain yang jadi nya . Jadi disini admin nak sharekan 6 langkah persediaan perkahwinan mudah yang wajib anda hadam dan take note .
LANGKAH 1
- Tetapkan Bajet Perkahwinan Anda & Tetapkan Terus Berapa Anggaran Wang Yang Anda Nak Dibelanjakan .
Sebagai contoh setelah dibuat kira-kira termasuk simpanan duit bersama bajet anda RM12,000 . Jadi tetapkan terus dan buat satu listing keperluan yang diperlukan tapi wajib follow bajet dalam poket anda RM12,000.
LANGKAH 2
- Wajib Berbelanja Dalam Bajet Sahaja , Tak Kira Apa Juga Alasan
Apa yang dimaksudkan berbelanja dalam bajet sahaja ialah , anda tak boleh berbelanja luar dari bajet perkahwinan anda RM12,000 , ini bertujuan untuk mengelakkan anda over bajet dan membazir . Kena bezakan antara KEPERLUAN & KEHENDAK ya . Sebab yang selalu buat anda nak berbelanja lebih ialah KEHENDAK . Sebagai contoh bajet asal doorgift anda Rm1.00 tetapi atas sebab doorgift RM2.00 lebih cantik anda pun nak ubah pilihan asal anda , ini tak betul ya sebab ianya KEHENDAK anda sahaja, bukan keperluan.
LANGKAH 3
- Buat Persediaan Dalam Masa 1 Tahun Sebelum Majlis
Kenapa perlu buat persedian awal ialah bertujuan untuk mengelakkan anda terburu-buru membuat keputusan untuk setiap keperluan majlis perkahwinan yang anda nak buat . Sebagai contoh menempah dewan perkahwinan . Ini kerana jika anda menempah pada saat akhir harga dewan akan berubah serta anda tak sempat untuk membuat pilihan yang tepat atas faktor masa .
Tips ni nampak ringkas tapi amat berbaloi jika anda follow betul-betul , sebab ramai yang admin jumpa nak buat majlis tak ada apa-apa planning . Bila tak ada planning banyak keperluan yang mereka perlukan tercicir dan berterabur . Malah ada yang lepas kahwin duit didalam bank tinggal RM10 sahaja.
Dan jika anda nak kami mudahkan urusan anda , boleh menempah pakej wedding planner dengan kami dengan harga serendah RM2,000 sahaja
Hubungi pegawai pemasaran kami untuk maklumat lanjut :
Puan Ija
018-2052008