Adab Menjaga Hubungan Sesama Manusia , Hidup Lebih Diberkati

Adab Menjaga Hubungan Sesama Manusia , Hidup Lebih Diberkati

Hubungan Sesama Manusia Tuntutan Islam

Manusia Sememangnya Tidak Dapat Hidup Sendiri Tanpa Ada Hubungan Dengan Manusia Lain. Manusia Merupakan Makhluk Yang Suka Bersosial Dan Berinteraksi. Sudah Tentu Selain Menjaga hubungan dengan Allah, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia dan juga alam sekitar. Seorang muslim yang baik dari segi mental dan fizikal sangat dituntut untuk bergaul dengan masyarakat dan yang menjadi kepentingan dalam pergaulan adalah akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah cerminan kesempurnaan iman seseorang muslim.

Pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan untuk merapatkan ukhwah antara manusia dan mengukuhkan perhubungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, saling menasihati, peka terhadap kehidupan sosial, mengamalkan sikap prihatin terhadap sesama manusia dan membantu orang yang dalam kesusahan.

Terdapat cara lain yang dapat menjaga hubungan antara sesama manusia dalam ibadah yang disyariatkan kepada umat Islam. Antara ibadah yang kita dapat lakukan adalah ibadah qurban. Dalam melakukan ibadah korban kita dapat menanamkan sifat kesederhanaan dan merasai perasaan fakir miskin yang serba serbi kekurangan. Di samping itu, tersirat juga perkara kerohanian dalam memupuk suasana mengeratkan silaturrahim.

Menjaga hubungan sesama manusia bukan sahaja terhadap orang masih hidup akan tetapi terhadap orang telah meninggal dunia juga sepatutnya dijaga dengan baik di atas dasar pengorbanan dan jasa-jasa orang itu.

Antara hubungan baik antara manusia adalah dengan ibu bapa kita sendiri. Hal ini kerana ibu bapa yang paling banyak berkorban dan memberi kita kasih saying dari kecil sehingga dewasa. Ibu mengandungkan kita selama 9bulan tanpa perasaan mengeluh dan menyusukan kita tanpa banyak bicara. Manakala, bapa sibuk mencari nafkah dalam membesarkan kita dengan adik beradik yang lain tanpa penat lelah yang dihamburkan dari mulutnya, dalam mendidik kita sehingga kini dan begitulah rutin harian mereka tanpa jemu.

 

 

Justeru itu, dalam institusi kekeluargaan juga harus dijaga hubungan yang baik agar menjadi lebih harmoni dan lebih sikap toleransi dalam keluarga dipupuk demi mengelakkan perbalahan dan perpecahan dengan sanak saudara. Sanak saudara adalah orang yang paling hampir dengan ibu bapa kita dan sangat perlu dijaga. Saudara merupakan yang sangat penting untuk menghulurkan bantuan ketika dalam kesusahan dan keistimewaan perhubungan itu mesti dijaga dengan baik

Selain itu, terdapat peradaban yang perlu kita jaga terhadap kebanyakkan orang agar dilihat keperibadian iman diri itu. Tingkah laku di sekolah juga harus dijaga dan banyak orang yang melihat sikap kita di sekolah antaranya guru yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pembelajaran. Tambahan pula dengan rakan- rakan di sekolah.

Dalam pengakhiran cerita jiran tetangga juga masyarakat yang berada di sekeliling kita dan hubungan dengan jiran amat perlu dipupuk agar kesejahteraan jiran tetangga itu wujud. Jiran juga merupakan orang yang duduk di sekeliling rumah kita dan merupakan orang terdekat untuk meminta bantuan dan sebagainya selain daripada sanak saudara bagi yang duduk berjauhan.

Dalam skop pembelajaran juga menyatakan tetamu juga merupakan orang yang perlu kita bagi penghormatan dan menjaga ikatan silaturahim dengannya kerana menerima tetamu adalah tuntutan dalam Islam. Tetamu juga dipanggil sebagai rezeki dan kurniaan daripada Allah. Terdapat sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “…Barangsiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu”.

Hubungan Baik Sesama Manusia

  1. Berbakti Kepada Orang Tua

-Tak ada seorang pun di dunia ini yang kasih sayangnya setulus ibu dan bapa kita sebagai orang tua. Betapa besar cinta yang mereka berikan kepada kita hingga kita tak dapat mengukur dan menghitungnya.

Sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT atas anugerah cinta Nya yang diberikan melalui kasih sayang dan cinta dari kedua orang tua kita, hendaknya kita sebagai hambanya dapat mewujudkan rasa syukur kita kepada Allah SWT dengan berbakti kepada kedua orang tua kita.

-Contoh untuk berbakti kepada ibu bapa:

  • Hormat dan taat kepada kedua orang tua kita, selama perintah dari Ibu dan Bapa kita tidak bertentangan dengan ajaran agama dan undang-undang.
  • Jangan menyakiti hati kedua orang tua kita, baik dengan sikap, ucapan, dan perilaku.
  • Membantu kedua orang tua kita, menurut kemampuan terutama merawat keduanya ketika usianya telah lanjut.
  • Mendoakan kedua orang tua agar senantiasa memperoleh ampunan serta rahmat dari Allah SWT.
  1. Hormat Pada Guru
  • Untuk mengajarkan pelbagai ilmu pengetahuan dan pendidikan, ibu bapa kita tidak mendapatkan kesempatan yang luas untuk menguasai semua bidang pengetahuan yang ada, hanya bidang tertentu saja.
  • Sebab kita disuruh oleh ibu bapa ke sekolah agar memperoleh pelajaran dan pendidikan sesuai.
  • Guru sebagai pendidik sekaligus pengganti orang tua kita ketika berada di sekolah jasanya tidak boleh kita lupakan begitu saja.
  1. Berbuat Baik Terhadap Keluarga dan Saudara

  • Selain ibu dan bapa kita, terhadap orang terdekat kita seperti saudara kita wajib pula berbuat baik kepada mereka.
  • Menghormati yang lebih tua, menyayangi yang lebih muda dari kita.
  • Kita dapat menjaga silaturahim dengan cara:
  • Mencintai saudara dan keluarga kita
  • Membantu saudara dan keluarga kita yang memerlukan bantuan
  • Menjenguk jika sakit
  • Menolong ketika mengalami kesulitan
  • Tolong-menolong dalam hal kebaikan
  1. Berbuat Baik Terhadap Jiran Tetangga

– Jiran, orang yang paling dekat tempat tinggalnya dengan kita dan sering  berinteraksi dengan kita. Jika sedang mengalami kesulitan ataupun memerlukan  bantuan, jiran lah yang diharapkan segera memberikan bantuan. Oleh itu  hubungan baik dengan tetangga harus kita jaga.

  1. Penghormatan Terhadap Tetamu

– Bertamu dapat mengeratkan tali persaudaraan. menerima tamu serta  menghormatinya merupakan ciri khas keperibadian yang seharusnya dimiliki  oleh seorang muslim. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Barang  siapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia memuliakan  tamunya”. (HR. Bukhari)

Rumusan

Dalam konsep Islam banyak mengajar kita dalam mendidik budi pekerti mulia serta  menjadi muslim dan mukmim sejati. Oleh itu, banyak erti tersirat dapat kita ambil  daripada konsep hubungan baik sesame Islam ini. Hubungan baik yang dipupuk banyak  kesan positif yang diberikan dan dapat mengelakkan permusuhan dan bermasam muka  serta perang dingin dengan sanak saudara, jiran tetangga dan sebagainya. Maka, kita  sebagai seorang Islam semestinya bijak dalam meneliti dan faham tentang peranan  seorang hamba Allah di atas muka bumi ini. Kita seharusnya berbuat baik terhadap  semua manusia tidak apa warna kulit dan sebagainya. Sebelum itu, hubungan kita  dengan Allah haruslah dijaga dengan baik dahulu sebelum berbuat baik terhadap orang  sekeliling kerana Allah merupakan Maha Esa dan seharusnya kita lebih prihatin dengan  hubungan kita dengan Allah agar tidak terputus rahmat daripadaNya. Kemudian barulah  kita berbuat dengan manusia dan akhir sekali dengan alam sekitar.

Share this post