Antara polisi syarikat yang WAJIB anda ketahui sebelum mengambil pakej dengan kami

Antara polisi syarikat yang WAJIB anda ketahui sebelum mengambil pakej dengan kami

20292894_1459371177480923_6850891444651277585_n

Kami antara syarikat katering yang menitik beratkan bab berkenaan S.O.P dan juga POLISI syarikat yang harus bakal pelanggan untuk tahu dan ikut . Setiap POLISI syarikat yang telah ditetapkan semuanya telah kami kaji dan kami olah supaya memberi situasi MENANG-MENANG bersama pelanggan .

Kami amat menitik beratkan isu berkenaan POLISI yang telah ditetapkan pihak syarikat . Dibawah sedikit ulasan mengenai polisi yang ditetapkan oleh pihak syarikat .

Di sini kami mengamalkan terma pembayaran 3 kali bayaran iaitu

i) 20% sebagai deposit bersetuju untuk lock date pakej yang diambil.

ii) 75% perlu dijelaskan sebulan sebelum majlis.

iii) yang terakhir 5% kami tinggalkan semasa hari majlis dan bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya jam 3 petang

Kiraan % pembayaran ialah diambil dari total jumlah pakej yang ditempah oleh pelanggan .

22154697_1523673537717353_425578542190892287_n

2) Perjanjian yang dimatikan setem

Kami antara syarikat yang menyediakan surat perjanjian yang di matikan setem di LHDN , tjuan asal hanya satu untuk kepercayaan dan sebagai jaminan antara pelanggan dan katerer. Seperti perumpamaan melayu .

Lembu kita pegang pada talinya. Manakala manusia kita pegang pada janjinya.

Kami menyediakan perjanjian antara syarikat dgn pelanggan dalam setiap tempahan yang diterima.

Dan kami nasihati pelanggan supaya mematikan setem n dan kos dimatikan setem di tanggung oleh pelanggan . Dan kos tidak melebihi RM50 berdasarkan terma dan syarat .

23844825_1868651240112987_1659990755361657364_n

3) Pemeriksaan makanan oleh wakil tuan rumah

Antara perkara wajib sebelum majlis berlangsung.

Sebelum makanan disajikan kepada tetamu, pihak tuan rumah perlu memeriksa kuantiti dan kualiti makanan yang dibekalkan oleh kami lengkap seperti dalam tempahan termasuk peralatan dan kelengkapan majlis.

Sebarang ketidak puashatian harus lah disuarakan sebelum makanan dihidangkan kepada tetamu , dan kami menyediakan beberapa S.O.P yang perlu di persetujui bersama .

Kami adalah syarikat yang mengamalkan sikap “transparent” , setiap item yang ditempah kami akan membawa pelanggan untuk cek sendiri jumlah makanan yang dibawa .

Setelah selesai check dan rasa makanan wakil tuan rumah diminta untuk mendatangani satu borang menandakan kami telah pun membawa barang atau item yang ditempah seperti didalam pakej .

26230194_1885810351730409_3713499799057629924_n

4) Selepas majlis tamat , memastikan tempat penyediaan bersih seperti sediakala

Setelah majlis tamat , kebersihan tempat penyediaan yang telah digunakan oleh pihak katerer ,akan dikemas semula supaya keadaan bersih seperti sedia kala . S.O.P wajib kami laksanakan supaya pihak pelanggan tidak perlu membayar cas panalti yang dikenakan pihak dewan atau sesuatu tempat tersebut .

Kami usha menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin , kita usha supaya hasilnya memuaskan hati , niat untuk menipu atau menganaya jauh sekali , semua S.O.P yang ditetapkan semuanya telah dikaji dan sentiasa diolah dan ditambah baik .

Kepuasan pelanggan adalah tujuan utama kami selain dari untuk membantu bakal-bakal pengantin yang nak berkahwin .

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu bakal-bakal pelanggan untuk paham lebih jelas setiap POLISI yang telah kami tetapkan .

Share this post

Leave a Reply