Baju Sanding Paling Sesuai Untuk Pengantin Berbadan Kecil
butik pengantin shah alam
PEMILIHAN BAJU PENGANTIN
Ramai bakal pengantin yang keliru bab pemilihan baju pengantin tambahan bila badan pengantin terlampau kecil ( halus ) .
Pemilihan design baju , corak serta warna memainkan peranan penting dalam pemilihan baju sanding , ini kerana kita tak nak pengantin yang berbadan kecil ini , nampak bertambah kecil atau nampak baju yang dipakai bukan kepunyaan mereka .
Jadi admin nak share dengan korang , jenis-jenis baju yang paling sesuai untuk pengantin yang berbadan kecil .
- Peplum
Percayalah pemilihan peplum amat sesuai untuk pengantin yang berbadan kecil ni , ini kerana potongan “cut” dibahagian pinggang memberi impak untuk menampakan badan korang lebih berisi dan amat sesuai untuk perempuan yang mempunyai pinggul yang kecil .
Pemilihan warna yang tepat juga amat penting ini kerana kita tak nak warna baju pengantin memberi impak kepada ton warna kulit pengantin . Ini kerana ada sesetengah warna yang cantik pada orang lain dan bukan pada kita .
Sekiranya anda bercadang untuk memilih warna yang “save” warna baju di bawah paling sesuai untuk anda .
2.Warna Champagne & Grey

Warna champagne dikategorikan dalam kod warna ‘save’ ini kerana ia tidak terlalu “bright” dan juga tidak terlalu “white” .
Tetapi sekiranya anda berkulit putih atau sawo matang , pemilihan warna yang terang atau warna “blok” amat sesuai , dan warna ni confirm buat tetamu pandang tak kelip-kelip , senang kata korang punya wedding dress confirm meninggalkan kesan yang mendalam .
Sebagai contoh , pernah tak korang dengar conversation macam ni. ( Ala ingat tak milah yang baju kahwin dia warna merah tu ) ha ini yang kita gambarkan memberi kesan kepada si tetamu .
3. Warna “blok”
Selain warna diatas , banyak lagi ton warna yang kita boleh match kan dengan warna kulit kita dan pasangan kita .
Selain warna pemilihan baju serta corak yang sesuai amat penting sebab kita nak raja sehari kita rasa kelainan . Yelah benda sekali seumur hidup.
Jangan lupa jenguk-jenguk blog serta website kami untuk lebih banyak perkongsian tips serta promosi terkini yang ditawarkan .
Dan khas untuk pengantin yang masih belum jumpa wedding planner yang berkenan dihati , jangan lupa jadikan kami salah satu wedding planner untuk anda survey , insyaAllah dijamin puas hati .