Bila mana kita bernikah / berkahwin dengan pasangan kita , maka sedari lah kita juga berkahwin dengan keluarga mereka.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidak ada nikah kecuali dengan wali.
Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:
Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali)
Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata:
Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]
Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu ‘anh berkata:
Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu(seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]
Ia adalah dari sudut keutamaan, dimana ia membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap kita sebagai anak sehingga ia juga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan pasangan yang tidak kita sukai. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha.
Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:
- Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.
- Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.
- Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.
Dan bila mana kita berkahwin , sedari lah kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita sahaja , malah kita turut berkahwin dengan keluarga mereka . Sentiasa beranggapan mereka seperti keluarga anda sendiri . Sentiasa menjaga adab dan tutur cara kita bila bersama mereka . Mungkin cara kita dibesarkan berbeza tapi berlajar lah untuk sentiasa boleh berubah atau fahami cara keluarga pasangan kita .
InsyaAllah jika ikatan yang kita jaga baik sesama kita , Allah akan sentiasa bantu kita . Terkadang kita ini banyak terpengaruh dengan drama tv dimana keluarga mertua berniat jahat , tak baik dan lain-lain kepada kita . Wahal itu semua hanya drama semata , ya mungkin ada segelintir yang mengalami tapi percaya lah tak semua pahit seperti yang di war-war kan .
Sekiranya mereka ada menegur sikap atau cara kita anggap sahaja mereka mahu membantu kita agar tidak terus buat silap . Anggap mereka seperti ibu bapa kita sendiri .
Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah , mawaddah dan rahmah di antara suami isteri.