Cara Berjimat Untuk Majlis Nikah , Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu .

Cara Berjimat Untuk Majlis Nikah , Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu .

pakej nikah bajet shah alam

1. JEMPUT KELUARGA TERDEKAT SAHAJA.

Kita had kan jemputan tetamu kita , jika idea asal mungkin anggaran dalam 300 orang tetamu , jika kita pengiraan untuk jemput keluarga terdekat sahaja , mungkin jemputan kita dapat dikurangkan dari 300 ke 100 pax tetamu sahaja.

2. BUAT MAJLIS NIKAH PADA WAKTU PAGI ATAU PETANG.

Ramai yang tak sedar bahawa masa majlis memberi efek yang besar dalam perbelanjaan majlis kita . Ini kerana jika kita buat majlis pada wktu tengah hari (lunch) atau malam (dinner time) , sudah tentu anda perlu menghidangkan makanan yang berat sebagai contoh nasi berlauk . Berbanding jika majlis dibuat pada waktu pagi atau petang , ini kerana anda boleh menghidangkan menu yang ringgan seperti bihun goreng dan kuih muih . Sedikit sebanyak anda dah dapat jimatkan kos dari segi makanan dan masa penyediaan makanan.

3.BUAT IKUT KEMAMPUAN YANG ADA DALAM POKET.

Ramai bakal pengantin zaman sekarang yang terlampau memikirkan apa yang orang luar kata , dan secara tak langsung membebankan diri sendiri tanpa sedar . Jadi jika kemampuan anda hanya sebanyak gaji sebulan anda jadi buat ikut apa yang mampu sahaja . Yang pentingnya NIKAH .

4.BAGI BARANG HANTARAN YANG BOLEH DIGUNA SELEPAS MAJLIS.

Ramai yang tak sedar yang kos tanpa sedar banyak kita habiskan ialah kos barang hantaran , sebagai contoh ramai yang nak mengikut trend sehingga ada yang sanggup berhabis beribu ringgit hanya untuk barang hantaran . Jika mampu tak ada masalah , ini tidak ada yang sanggup berhutang .

Dari segi deco jika nak jimat better buat sendiri , jika tak pandai , google ada youtube ada , rajin dengan tak ja sebenarnya .

Untuk Barang hantaran pula , jangan korang bazirkan duit untuk hantaran seperti mokap cek , atau kasut tinggi 8 inc tapi last-last tak terpakai sampai ke sudah . Baik beri barang yang tentu tentu anda akan pakai seperti Telekung , Tuala atau Barang Mandian .

5. BARANG KEMAS ( BATAL AIR SEMBAHYANG )

Jika mampu beli lah ikut apa yang anda nak , tapi jika rasa tersepit dari susah , baik beli sahaja sebentuk cincin . Ini kerana cincin tak perlu mengeluarkan modal sebesar gelang atau rantai emas . Tapi jangan pula minta cincin bertatahkan berlian , sudah tentu harganya mahal .

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu bakal-bakal pengantin yang tengah serabut untuk belanja wang untuk majlis nikah .

Apa-apa kita balik pada agama , balik semula ke Islam . Dalam Al-Quran ada berkata , rukun nikah hanya ada 5 iaitu :

Share this post