Cara Berjimat Untuk Majlis Perkahwinan

Cara Berjimat Untuk Majlis Perkahwinan

1.Rancang Perbelanjaan

Kewangan ialah isu yang penting dalam merancang perkahwinan , hanya kita sendiri yang tahu dan faham sama ada kita mampu atau pun tidak . Kenali kemampuan diri sendiri , dan selalu tanya diri mapu ke kita nak buat wedding jemput sampai 1000 orang makan , sedangkan kita sendiri pun makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang .

Ini bukan bermakna korang tak boleh buat majlis , tapi buat ikut kemampuan . Rancang dengan pasangan anda berapa yang korang nak spent untuk wedding , berapa amount duit yang korang perlu save every month .

Pentingnya perbincangan ini , supaya tak jadi tak cukup bajet masa wedding korang tinggal beberapa hari je lagi .

2.Tetapkan Jumlah Jemputan

Tetapkan jumlah tetamu adalah penting untuk memastikan majlis kita berjalan lancar , off coz kita tak nak masa tengah sanding , makanan majlis korang habis pulak kan . Jadi pentingnya pengiraan jumlah tetamu .

1st check dulu bajet untuk majlis korang jika ada lebih , dan memang niat korang untuk bersedekah , why not jemput ja tetamu around 1000 pax . Tetapi jika bajet korang ngam-ngam untuk keluarga terdekat , so carry on jemput je keluarga terdekat dan the rest korang just bagitahu by sosial media ja yang korang dah berkahwin .

Jangan susahkan diri sendiri jika benda tu membebankan why not buat je ikut kemampuan dan keperluan .

3. Rancang Majlis Awal

Sekiranya korang dah ada tarikh majlis , why not start rancang seawal yang mungkin . 1 year before majlis ialah masa yang paling sesuai dan tepat . Sebabnya korang akan dapat decide awal berapa jumlah bajet yang korang perlukan .

Ramai pengantin tak sedar kepentingan rancang seawal 1 tahun sebelum . Jadi admin harap dengan perkongsian ini , ramai pengantin tahu kepentingan merancang seawal mungkin .

Nak mudah , hire je wedding planner tapi kena ingat baet mesti ada . Kalau nak jimat jumpa je wedding counsultand kami , perkhidmatan counsultand free cuma tinggal booking pakej je .

InsyaAllah mana yang termampu kami bantu , supaya majlis berjalan lancar .

Sebarang pertanyaan untuk pakej dan lain-lain boleh terus hubungi kami di talian tertera :

Puan Ija- 018 205 2008

Share this post