Cara Menempah Dewan Perkahwinan Bagi Mengelakkan Isu Dewan Penuh.

Ramai bakal pengantin yang keliru dan juga tak tahu cara menempah dewan untuk majlis mereka .
Dan ramai juga keliru , sebab ramai yang berpendapat bahawa boleh menempah dewan mengikut masa bila yang mereka nak . Itu antara kesilapan besar yang selalu bakal pengantin buat .
Ada perbezaan cara tempahan dewan ini . Ianya mengikut dewan mana yang anda pilih .Sekiranya dewan yang anda pilih ialah dewan GOV ( MBSA , MPAJ , DBKL , SK ) anda perlu merancang tarikh perkahwinan seawal 1 tahun sebelum majlis . Ini kerana dewan under gov selalunya tarikh akan penuh seawal 1 tahun sebelum majlis . Ini kerana harga yang ditawarkan oleh GOV serendah RM800+ sehingga RM4000+ mengikut facaliti dan juga kawasan dewan tersebut .
Disebabkan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding dewan persendirian , orang sudah mula merancang plan perkahwinan mereka seawal mungkin , bagi mengelakkan tarikh yang dikehendaki penuh .
Cara-cara menempah dewan kerajaan :
- Pergi ke website dewan yang anda bercadang untuk tempah sebagai cth :http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=116&Itemid=285&lang=en
- Cari dewan yang anda cadang nak tempah , dan pilih tarikh yang anda berminat .
- Buat tempahan dan bayaran terus melalui online atau pun terus ke kaunter .
- Untuk kepastian lebih mendalam boleh terus telefon mereka di talian khidmat pelanggan mereka .
Tips ringkas jika nak tempah dewan gov :
- Pilih dewan yang anda cadang nak tempah dan pergi sendiri ke lokasi untuk side visit dewan terlebih dahulu , ini kerana ingin memastikan dewan yang di tempah mengikut kriteria facaliti yang kita perlukan seperti : surau , bilik air , kawasan meletak kenderaan dan lain-lain.

Untuk dewan under gov ini anda seboleh nya tidak meletakan harapan yang tinggi dari segi keselesaan seperti kekuatan penghawa dingin atau pun kipas .
Sebaiknya buat kepastian bersama pihak yang anda berurusan semasa tempahan dulu .
Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih dan mencari dewan perkahwinan yang lebih selesa , cantik dan juga mudah untuk anda berurusan . Dewan persendirian adalah pilihan yang terbaik .
Tetapi jangan salah faham untuk dewan persendirian juga kebanyakkan tarikh cantik ( 22.2.2020 , 02.02.20 ) atau cuti sk akan penuh seawal 1 tahun sebelum . Sebaiknya rancang terlebih dahulu .

Untuk dewan persendirian anda selalunya akan berurusan bersama wedding planner atau pun owner dewan itu sendiri .
Konsep tempahan juga mudah , tidak seperti menempah dewan gov . Dan kebanyakan dewan persendirian telah sedia ada dekorasinya tersendiri , malah mungkin anda boleh request mengikut kehendak anda .
Dari segi harga yang di tawarkan pula bermula RM4000 sehingga RM20,000 untuk sewaan dewan perkahwinan sahaja .
Kadang-kadang bakal pengantin risau ianya diluar bajet kemampuan mereka , ramai yang salah faham bab ini , kerana ada juga dewan persendirian yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan tawaran faciliti yang lengkap serta telah tersedia ada dekorasi yang tak jemu mata memandang.

Perkongsian ini ialah dari pandangan tersendiri dari admin yang telah berjaya menguruskan kedua-dua tempahan untuk pihak bakal pengantin .
Untuk pertanyaan atau pun sebutharga berkenaan pakej perkahwinan termasuk dewan boleh terus hubungi admin di talain tertera :
Puan Ija- 018 205 2008