Cara Menempah Dewan Perkahwinan Bagi Mengelakkan Isu Dewan Penuh.

Cara Menempah Dewan Perkahwinan Bagi Mengelakkan Isu Dewan Penuh.

Helms Retreat , Hulu Langat

Ramai bakal pengantin yang keliru dan juga tak tahu cara menempah dewan untuk majlis mereka .

Dan ramai juga keliru , sebab ramai yang berpendapat bahawa boleh menempah dewan mengikut masa bila yang mereka nak . Itu antara kesilapan besar yang selalu bakal pengantin buat .

Ada perbezaan cara tempahan dewan ini . Ianya mengikut dewan mana yang anda pilih .Sekiranya dewan yang anda pilih ialah dewan GOV ( MBSA , MPAJ , DBKL , SK ) anda perlu merancang tarikh perkahwinan seawal 1 tahun sebelum majlis . Ini kerana dewan under gov selalunya tarikh akan penuh seawal 1 tahun sebelum majlis . Ini kerana harga yang ditawarkan oleh GOV serendah RM800+ sehingga RM4000+ mengikut facaliti dan juga kawasan dewan tersebut .

Disebabkan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding dewan persendirian , orang sudah mula merancang plan perkahwinan mereka seawal mungkin , bagi mengelakkan tarikh yang dikehendaki penuh .

Cara-cara menempah dewan kerajaan :

  • Cari dewan yang anda cadang nak tempah , dan pilih tarikh yang anda berminat .
  • Buat tempahan dan bayaran terus melalui online atau pun terus ke kaunter .
  • Untuk kepastian lebih mendalam boleh terus telefon mereka di talian khidmat pelanggan mereka .

Tips ringkas jika nak tempah dewan gov :

  • Pilih dewan yang anda cadang nak tempah dan pergi sendiri ke lokasi untuk side visit dewan terlebih dahulu , ini kerana ingin memastikan dewan yang di tempah mengikut kriteria facaliti yang kita perlukan seperti : surau , bilik air , kawasan meletak kenderaan dan lain-lain.
cth dewan under gov

Untuk dewan under gov ini anda seboleh nya tidak meletakan harapan yang tinggi dari segi keselesaan seperti kekuatan penghawa dingin atau pun kipas .

Sebaiknya buat kepastian bersama pihak yang anda berurusan semasa tempahan dulu .

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih dan mencari dewan perkahwinan yang lebih selesa , cantik dan juga mudah untuk anda berurusan . Dewan persendirian adalah pilihan yang terbaik .

Tetapi jangan salah faham untuk dewan persendirian juga kebanyakkan tarikh cantik ( 22.2.2020 , 02.02.20 ) atau cuti sk akan penuh seawal 1 tahun sebelum . Sebaiknya rancang terlebih dahulu .

Dewan berkonsepkan garden

Untuk dewan persendirian anda selalunya akan berurusan bersama wedding planner atau pun owner dewan itu sendiri .

Konsep tempahan juga mudah , tidak seperti menempah dewan gov . Dan kebanyakan dewan persendirian telah sedia ada dekorasinya tersendiri , malah mungkin anda boleh request mengikut kehendak anda .

Dari segi harga yang di tawarkan pula bermula RM4000 sehingga RM20,000 untuk sewaan dewan perkahwinan sahaja .

Kadang-kadang bakal pengantin risau ianya diluar bajet kemampuan mereka , ramai yang salah faham bab ini , kerana ada juga dewan persendirian yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan tawaran faciliti yang lengkap serta telah tersedia ada dekorasi yang tak jemu mata memandang.

Magica Hall , Star Avenue Subang

Perkongsian ini ialah dari pandangan tersendiri dari admin yang telah berjaya menguruskan kedua-dua tempahan untuk pihak bakal pengantin .

Untuk pertanyaan atau pun sebutharga berkenaan pakej perkahwinan termasuk dewan boleh terus hubungi admin di talain tertera :

Puan Ija- 018 205 2008

Share this post