Isu “SOROK MAKANAN” Dimana Rasionalnya ?

Isu “SOROK MAKANAN” Dimana Rasionalnya ?

20708384_1403958246369509_8513733824172121122_n

Perkataan sorok makanan sahaja telah memberi kesan negetif kepada kita .  Jadi disini admin nak terangkan secara jelas apa yang dimaksudkan dengan “sorok makanan” yang telah di isukan kepada kami . Oleh sebab itu admin nak share serba sedikit untuk semua CLEAR apa yang dimaksudkan dengan sorok makanan.

Kami di Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd , adalah antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan dahulu baru produk .Kami mudahkan urusan bakal-bakal pengantin , bantu sehabis baik .

 

Kami juga sebuah syarikat menjadikan “transparent” sebagai salah satu prinsip kami bila berhadapan dengan pelanggan . Semuanya untuk kepuasan pelanggan dan juga untuk mengekalkkan kepercayaan . Kami juga menyediakan surat  perjanjian yang dimatikan stem .

contoh surat perjanjian yang dimatikan SETEM

Pada hari majlis juga kami “tak tinggal pelanggan” apa yang dimaksudkan dengan ” tak tinggal pelanggan” ?  Perkhidmatan kami kepada pelangggan tak habis selagi majlis pelanggan belum selesai . Jadi apa juga situasi pada hari majlis sehabis baik kami akan cuba membantu pelanggan kami . Tapi tindakan kami disalah ertikan . Dengan kata lain ada yang beranggapan kami menipu , sedangkan niat kami untuk membantu dan kami juga turut memaklumkan bahawa kami akan bantu dari segi “kawal makanan” bukan “sorok makanan” tujuan kawal makanan hanya untuk 1 sebab iaitu membantu tuan rumah supaya makanan yang ditempah cukup untuk para tetamu . Ini kerana ramai kita ni sebagai Melayu bila pergi majlis kita telah setkan dengan metaliti yang salah . Iaitu datang nak makan tapi bila tak ada makanan kata tuan rumah macam-macam , sedangkan niat asala tujuan tuan rumah ialah bersedekah dan kita yang datang ini sebagai mah meraikan . Tapi kita sendiri yang telah salah erti . Apa kaitan isu ” sorok makanan” dengan ini ? disini admin nak jelaskan lebih terang dan jelas .

23844825_1868651240112987_1659990755361657364_n

 

Kami bantu tuan rumah untuk KAWAL MAKANAN untuk tujuan supaya tak membazir makanan , kenapa pulak membazir makanan ? Yelah jika seorang tetamu ambil lauk cth ayam dan daging macam 2 orang makan dan tak habis kan dah menjadi pembaziran . Kami berniat untuk membantu , sebab tak semua tuan rumah mampu untuk menambah kuantiti makanan seperti mana jumlah tetamu .

 

23905266_1574488965969143_2999824593492581183_n

Tahukah ada jika pakej yang diambil itu pihak katerer cuba bantu dengan menghadkan kos dan juga keuntungan supaya pelanggan tidak susah , jadi jika majlis untuk 1000 pax pihak katerer akan bawa 1000 ketul ayam , cuba bayangkan sepatutnya boleh makan untuk 1000 pax tapi jika diambil seorang 2 ketol , hanya 500 orang sahaja yang dapat makan ? Niat menipu jauh sekali , semua pihak katerer niat nak membantu dengan meminimakan kos dan keuntungan supaya bakal pelanggan dapat membuat majlis perkahwinan dengan bajet yang minama . Sedangkan jika kita makan di kedai dengan lauk seperti kenduri sudah berapa RM ?

Tujuan admin terangkan bukan berniat tak baik cuma untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku , jika ada diantara pelanggan rasa tak setuju boleh bagi tahu pihak kami supaya kami buat ikut cara yang pelanggan mahu .

Isu ni terjadi bila ada yang mempersoalkan kenapa makanan kami topup sikit-sikit di meja buffet , sedangkan makanan banyak lagi . Tujuan nya hanya untuk ubah meteliti melayu ni , ialah tengok lauk banyak di tray buffet makanya , ambik la sorang 2,3 ketol dan tak habis dan menjadi pembaziran .

Semua berdasarkan pengalaman kami  yang tiap-tiap minggu buat majls kahwin . Tapi ini pengalaman kami pandangan kami dan juga pendapat kami . Jika ada yang kurang senang dan tak setuju kami menerima  segala pendapat dengan hati terbuka .

InsyaAllah kami percaya jika kita mudahkan urusan orang insyaAllah urusan kita akan dipermudahkan , dan mudah-mudahan Allah memberkati urusan kita semua di dunia dan akhirat .

 

 

Share this post

Leave a Reply