Kami Mencari Bakat-Bakat Baru!
Adakah anda seorang yang berfikiran kritis, kreatif dan innovatif? Ingin sentiasa mempelajari benda baru? Mempunyai pelbagai idea bagus dan menarik yang perlu diluahkan? Maka anda adalah orang yang kami cari!
Tidak perlu ragu dan segera hantarkan resume anda ke hr@cahayakristal.com.my dan nyatakan jawatan apa yang anda idamkan untuk sertai kami di Cahaya Kristal.
Lokasi: Shah Alam – Bahagian: Jualan & Pemasaran
Pakar dalam menghubungkan organisasi dan pelanggan. Boleh menjawab pertanyaan, menawarkan nasihat serta memperkenalkan produk kepada pelanggan. Dapat menguruskan pengkalan data pelanggan dengan baik.
Syarat Kelayakan :
- Minima Diploma dalam bidang yang berkaitan
- Pakar dalam memperkenalkan pakej-pakej servis kepada pelanggan
- Mempunyai lesen serta kenderaan sendiri
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai pengurusan acara.
- Boleh bekerja dengan baik dalam satu pasukan
Lokasi: Shah Alam – Bahagian: Sumber Manusia
Menguruskan hal pentadbiran pejabat dan menjawab segala panggilan masuk.Boleh menguruskan dokumen-dokumen penting pejabat. Memfailkan kertas-kertas kerja serta menyemak bayaran masuk dari pelanggan.
Syarat Kelayakan :
- Minima SPM serta berpengalaman dalam sektor perkeranian
- Peka dengan maklumat-maklumat secara terperinci
- Boleh menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat
- Berumur 20 tahun keatas serta memiliki kenderaan sendiri
- Mahir menggunakan komputer (Ms Office – Word, Excel, Power Point)
Lokasi: Rawang & Wangsa Melawati – Bahagian: Butik
Menyediakan rekaan busana pengantin dengan rekaan terbaru dan terkini. Menyiapkan baju pengantin termasuk hiasannya.
Syarat Kelayakan :
- Minima SPM serta berpengalaman dalam bidang berkaitan
- Mahir menjahit pakaian dan hiasan manik
- Boleh menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat
- Berumur 20 tahun keatas serta memiliki kenderaan sendiri
- Seorang yang kreatif dan mereka dekorasi pelamin dan hiasan pelamin
Lokasi: Rawang & Wangsa Melawati – Bahagian: Butik
Membantu klien untuk tempahan baju dan pakej perkahwinan. Menyiapkan baju pengantin termasuk hiasannya.
Syarat Kelayakan :
- Minima SPM serta berpengalaman dalam bidang berkaitan
- Mahir menjahit pakaian dan hiasan manik
- Boleh menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat
- Berumur 20 tahun keatas serta memiliki kenderaan sendiri
- Seorang yang kreatif dan mereka dekorasi pelamin dan hiasan pelamin
Lokasi: Shah Alam – Bahagian: Sumber Manusia
Mencari pelajar yang ingin menjalani latihan industry atau membuat praktikal dalam bahagian berikut :
- Pengurusan Pejabat
- Jualan & Pemasaran
- Dapur & Pramusaji
