Koleksi Baju Sanding Bertemakan Songket Paling Trending 2018

Koleksi Baju Sanding Bertemakan Songket Paling Trending 2018

Ramai dikalangan bakal pengantin yang mengidamkan mengenakan busana songket sekurang kurangnya sekali dalam seumur hidup , dan masa yang terbaik ialah pada hari bahagia iaitu hari perkahwinan. Dan songket sendiri memberi makna yang mendalam untuk kita berbangsa Melayu , kerana setiap adat negeri yang terdapat di Malaysia mempunyai adat tersendiri .

Jika ingin disenaraikan jenis songket , tak tersenarai rasanya , jadi dibawah ialah pilihan baju songket yang sering menjadi pilihan bakal-bakal pengantin untuk digayakan pada hari majlis .

  1. Mermaid Songket

Ini juga satu contoh busana hasil sepenuhnya material songket yang digayakan oleh pengantin Persalinan yang digayakan ini cukup terserlah anggun dengan menggunakan material songket yang menghiasi di seluruh badan, hasil rekaannya yang mengikut bentuk badan dan di bawahnya kembang seperti ikan duyung, menghasilkan ilusi tinggi dan kelihatan kurus buat ratu sehari. Untuk kelihatan lebih menawan, perinciannya akan dihiasi dengan renda .

 

       2.Songket Peplum

Rekaan “peplum” mengimbau kembali zaman klasik apabila ianya sering digayakan oleh Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma. Bukan saja dunia fesyen menerima percikan seumpama itu, namun ianya turut memeriahkan landskap busana pengantin di negara ini. Ini kerana pemilihan peplum yang tepat pada figura tubuh, mampu menampilkan potongan badan lebih lansing, tinggi dan menutup kekurangan pada tubuh. Selain cantik dipakai, gaya peplum membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengantin terutama mereka yang memiliki tubuh gempal, tidak mempunyai pinggul atau terlalu kurus.

  3.Long Dress Songket 

Buat si pemakai yang nak nampak modern tapi still mengekalkan element klasik , dress songket amat lah sesuai . Si pemakai akan nampak lebih tinggi dan anggun.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu semua bakal-bakal pengantin dalam pemilihan baju pengantin . Dan jika anda memerlukan kosultan yang bertauliah untuk bantu anda , hubungi sahaja kami ditalian tertera ;

Puan Ija
+6018-205 2008

Share this post