Persediaan Nikah , Bersediakah Anda Dari Segi Emosi & Mental?

Persediaan Nikah , Bersediakah Anda Dari Segi Emosi & Mental?

Alam berumah tangga bukan lah sesuatu yang kita boleh jadikan bahan gurauan , sekadar saling cinta mencintai tak cukup untuk menjamin kebahagian . Selalu kita sibuk dengan hal hal yang nyata seperti persediaan untuk majlis perkahwinan dan juga nikah , tetapi kita lupa untuk membuat persediaan dalaman dan emosi .

Perkahwinan itu sendiri ialah sebuah tanggungjawab baru yang bakal dipikul sepanjang umur . Buat yang bakal bergelar “suami” harus lah kita sedar dan pahami bila mana akad nikah itu berjalan , segala tanggungjawab dan dosa telah beralih bahu . Mungkin sebelum ini ada seorang yang membuat keputusan untuk segala pekara tetapi mulai detik anda bergelar suami anda harus sedar segala keputusan adalah hasil perbincangan bersama.  Bersediakah anda ?

Dan yang bakal bergelar “isteri” haruslah anda ingat dan tahu anda bukan lagi seperti dahulu untuk segala jenis perkara . Bila mana anda sudah menetapkan siapa sang suami anda maka anda telah meletak “sebelah kaki” anda ke dunia yang baru , bersediakah anda ? bersediakah anda dari segi emosi dan mental untuk segala perkara baru yang bakal anda lalui .

Dalam kita sibuk membuat persedian majlsi perkahwinan mahupun majlis nikah , haruslah kita bersedia dari segi mental dan juga emosi . Bagaimana untuk bersedia ? Ambil masa untuk pendekatan agama , berlajar apa anda kurang faham dan fahami apa yang anda kurang jelas . Agama merupakan satu landasan yang menyambungkan kita untuk segala jenis kemuskilan .

Ambil masa munasabah diri tanya balik diri bersediakan anda untuk memikul tanggungjawab baru bersediakan anda untuk hidup dengan pasangan anda sepanjang hayat anda . Buat lah solat istiqarah , dan sedarilah pasangan kita adalah cerminan kita sendiri , jadi jangan tunggu untuk pasangan kita berubah baru anda nak berubah .Kita mulakan dulu , tak akan rugi apa pun .

InsyaAllah dengan niat yang baik , permulaan yang baik Allah akan sentiasa bantu kita dari segala segi . Percaya dan yakin dengan aturan Allah . Semoga sebuah perhubungan baru masjid yang baru mampu melahirkan khalifah khalifah yang mampu menjadikan dunia yang kita diami ini “better world”.

Anda mencari pakej untuk majlis kecil seperti nikah dan tunang kami ada menyediakan pakej lengkap dengan tawaran harga yang sangat berpatutan .

Hubungi pegawai pemasran kami untuk keterangan lanjut :

Cik Ekin

017-3048672

Share this post