Senarai Dewan Perkahwinan Untuk Disewa Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Senarai Dewan Perkahwinan Untuk Disewa Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Lokasi majis perkahwinan bakal raja sehari merupakan elemen terpenting di dalam mejayakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Tiada lokasi, tiadalah majlis persandingan pengantin. Ada di antara bakal pengantin yang mahukan perkahwinan diadakan di rumah sahaja. Tak kurangnya yang mahukan majlis perkahwinan mereka di adakan di hotel atau dewan perkahwinan yang sudah menjadi trend terkini.

Jadi di sini admin ingin kongsikan dengan pembaca antara senarai dewan perkahwinan yang ada untuk disewa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Semoga bermanfaat untuk anda.

1) Dewan Qaseh, Restoran Nelayan Gombak

Dewan yang disediakan luas dan selesa, sesuai untuk mengadakan majlis hari bahagia anda dengan pelbagai tema.

Alamat : 2058, Jalan Gombak, Kampung Sungai Chinchin, 53000 Kuala Lumpur, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

2) Lavender Garden Hall

Terletak berdekatan dengan Ampang Waterfront. Mudah diakses melalui Jalan Ampang, Lebuhraya DUKE dan MRR2. Taman romantik yang direka khas untuk majlis hari bahagia anda. Ruang acara yang selesa dan nampak moden.

Alamat : Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

3) De’Emerald Garden

Ruang majlis yang berkonsepkan taman terbuka dan pemandangannya yang sangat cantik. Dihiasi dengan dekorasi landskap yang menarik dan sekelilingnya dipenuhi tumbuhan hijau serta udara yang segar. Ruang acara ini terletak di daerah Kuala Langat.

Alamat : De ‘Emerald Garden & Event, Banting, Selangor, Malaysia

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

4) Dewan Tentda Merah Cyberjaya

Ruang acara yang ringkas dan selesa untuk melaksanakan hari bahagia anda .Lokasinya mudah untuk dinavigasi, bedekatan dengan laluan lebuhraya. Dewan ini terletak berdekatan dengan CDB Perdana, Cyberjaya.

Alamat :803-0-03, CBD Perdana1, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

5) Dewan De’Orchid Gombak

Terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak. De’ Orchid mempunyai dewan perkahwinan yang eksklusif bertemakan “Garden” sesuai untuk impian para pengantin.

Alamat : Jalan Dewan, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

6) Simpol The Garden of Love Hall

Sebuah taman yang dibina khas untuk orang ramai yang idamkan perkahwinan bertemakan semulajadi dan santai. Berlatarbelakangkan Lebuhraya LATAR dan Taman Rimba Templer.

Alamat : Simpol The Garden of Love, Lot 6160 Kg. Sungai Samak (Off Taman Tun Teja, Batu 16), 48000 Rawang, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

5) Mega Glory Hall

Terletak betul-betul bersebelahan dengan Tol Bangi dan berjiran dengan Jakel Bangi. Lepas makan nasi beriani boleh terus pergi shopping di Jakel pula.

Alamat : Ostia Bangi Business Avenue, 43650 Bangi, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

6) Ideal Convention Centre Shah Alam

Dengan ruang dewan berhawa dingin yang luas akan memberikan keselesaan kepada tetamu dan keluarga yag hadir ke majlis bahagia anda. Terletak bersebelahan dengan Federal Highways sebelum sampai ke bulatan kayangan di Shah Alam.

Alamat : IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L15/L Section 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

7) D’Tunjong Banquet Hall Damansara

Dengan ruang dewan berhawa dingin yang luas akan memberikan keselesaan kepada tetamu dan keluarga yag hadir ke majlis bahagia anda. Terletak bersebelahan dengan Federal Highways sebelum sampai ke bulatan kayangan di Shah Alam.

Alamat : 8, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

8) Astana Era Mewah Hall

Siapa yang tidak pernah dengar Tepung Pelita Paya Jaras bukan orang Sungai Buloh. Lokasi ini hanya 5 minit dari kilang membuat tepung pelita yang viral ini. Dengan parking yang luas memudahkan lagi tetamu yang hadir ke majlis berbahagia anda.

Alamat : Lot 2896, Jln Paya Jaras Tengah, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

9) Grand Airiz Paya Jaras

Dewan ini terletak di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Terletak di kawasan Pasar Kemboja yang terkenal itu. Dengan ruang parking yang luas akan memudahkan tetamu yang tiba ke majlis perkahwinan anda.

Alamat : No 427, Pinggiran Elmina, Jalan Kubu Gajah, Lorong Gajah 22, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

10) Saev Hall

Dewan yang berkonsep rustik dan hipster, sesuai dengan jiwa anak muda zaman ini yang sukakan kelainan. Bersebelahan dengan Subang Airport. Boleh dengar deruan kapal terbang sambil menikmati nasi beriani.

Alamat : Jalan Lira U3/41, U 5, 47200 Subang, Selangor, Malaysia

Untuk info dan tempahan boleh ke link Tempahan

Share this post