Siapa kata dengan RM3000 anda tak boleh buat majlis perkahwinan ?

Siapa kata dengan RM3000 anda tak boleh buat majlis perkahwinan ?

Ramai yang beranggapan bahawa jika nak buat majlis perkahwinan perlu ada jumlah wang yang banyak baru boleh buat majlis perkahwinan . Sebenarnya anda silap bab tu , sedangkan islam tu mudah kita ni sahaja yang rumitkan . Jadi disini admin nak share rahsia bagaimana dengan RM3k anda dah boleh melaksanakan majlis perkahwinan .

LANGKAH 1 :

Buat kiraan jemputan yang bakal anda jemput dan jemput keluarga terdekat sahaja. Tujuan supaya tak terjadi belanja luar bajet dalam poket .

LANGKAH 2 :

Pilih tarikh majlis bukan cuti Sekolah dan juga Cuti Umum .

LANGKAH 3 :

Jika ada sedara mara atau keluarga terdekat boleh memasak ,sebaiknya baik rewang . Jika tak ada orang tua-tua yang boleh memasak , anda boleh tempah katering , tapi buat menu biasa sahaja . Jika perlu buat majlis nikah belah asar supaya tak perlu sediakan makanan yang berat .

LANGKAH 4 :

Jika punyai keluarga rapat yang mampu cuba buat group family dan bertanyakan untuk ada ke sesiapa antara kalangan ahli keluarga yang nak menyumbang dari segi kewangan dan juga barang .

LANGKAH 5 :

Untuk persalinan pengantin beli sahaja baju kurung biasa dan baju melayu yang biasa , di tempat yang  mampu milik , supaya anda tak terover bajet bila menempah baju .

LANGKAH 6 :

Make Up Pengantin cuba bertanyakan rakan terdekat untuk tolong anda .

LANGKAH 7 :

Untuk doorgift bagi sahaja bentuk makanan buah ke telur ke dan tetapkan bajet .

Setelah anda follow langkah-langkah diatas tibanya masa untuk anda buat kiraan exactly semua kos yang anda bakal keluarkan dan juga bajet yang anda rancang . 

Contohnya : Tempah makanan katering RM10.00 X 100 orang tetamu = RM1,000.

Baju Melayu RM50 sepasang , RM80 baju kurung ( Termasuk tudung )

Doorgift buah epal RM1.00 X 100 orang tetamu = RM100.00

 

Jumlah keseluruhan dari tambahan RM1000+RM130+RM100 = RM1230 . Jumlah ini ialah jumlah untuk kegunakan dari segi kemudahan tetamu dan untuk keselesaan majlis .

Jumlah tersebut tidak termasuk kos pengantin lelaki keluar untuk beli barang kemas . Andainya sebentuk cincin belah rotan dengan berat 2gm dalam RM300 , jadi tambahkan jumlah tersebut dengan jumlah keseluruhan diatas .

Dan jika keluasan rumah anda tak sesuai untuk memuat kan kadar tetamu yang ramai anda boleh menyewa kanopi biasa dalam anggran 1 unit yang berharga RM500. 

Keseluruhan jumlah setelah ditambah semua ialah RM2030 , jadi baki berjumlah RM970 anda boleh gunakan untuk kegunaan barang hantaran dan juga upah kadi . InsyaAllah jika buat kiraan yang betul dan tepat jumlah itu tak akan lari .

Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda yang nak kahwin tapi risau dengan bajet .

Islam sendiri mudah , jangan kita susahkan benda yang baik insyaAllah jika niat yang betul Allah akan  bantu kita semua .

Share this post