Susun Atur Permohonan Perkahwinan untuk Pengantin Perempuan

Susun Atur Permohonan Perkahwinan untuk Pengantin Perempuan

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara’ adalah seperti Berikut :-.

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN

2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DENGAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE DI ALAMAT://http.ncr.jais.gov.my

3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV  DARI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG BERHAMPIRAN.

4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)

5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH

6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.

7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)

8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.

9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).

2. SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)

3. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).

4. KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV

5. SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).

6. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN

7. BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.

8. SURAT PERAKUAN NIKAH/DOKUMEN MAKLUMAT PERNIKAHAN IBUBAPA DAN SALINANNYA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)

9. SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).

10. SIJIL KEMATIAN WALI DAN SALINANNYA/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)

11. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)

12. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).

13. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)

14. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERNIKAHAN POLIGAMI.

2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.

3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.

4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.

5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH

6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya)

7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.

8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI

9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.

10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB “WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.

Apa-apa pun sebarang pertanyaan yang anda tidak dapat jawapan daripada post ini , anda harus terus menghubungi jabatan agama yang terlibat

Dan untuk yang mencari pakej untuk majlis nikah kami turut menyediakan pakej lengkap dengan harga yang berpatutan .

 

Hubungi pegawai pemasaran kami untuk maklumat lanjut 

Cik Ekin 

017-3048672

Share this post