Tag - Mas kahwin

Prosedur Pernikahan di Malaysia yang Wajib Pengantin Follow .

Dalam keghairahan menyediakan keperluan persiapan majlis perkahwinan, janganlah sampai terlupa tentang perkara paling asas, iaitu mematuhi kesemua prosedur pernikahan yang berkaitan. Anda semestinya tidak mahu majlis perkahwinan terganggu atau tertunda disebabkan masalah dengan prosedur pernikahan, bukan? Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyegerakan proses memenuhi prosedur pernikahan supya tidak kelam-kabut di kemudian hari. Di Malaysia, prosedur pernikahan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing, yang merupakan satu jabatan di bawah bidang kuasa setiap Kerajaan Negeri. Maka, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan kecil [...]

Prosedur Perkahwinan Di Malaysia Wajib Untuk Bakal Pengantin

1. Kursus Pra-perkahwinan Semua pasangan yang ingin berkahwin buat pertama kali wajib menghadiri kursus pra-perkahwinan sebelum memohon kebenaran berkahwin. Kebiasaannya, kursus diadakan selama dua hari pada hari hujung minggu dan dianjurkan oleh agensi NGO dan swasta. Anda boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan di mana-mana saja negeri di Malaysia, asalkan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Di penghujung kursus, biasanya akan diadakan ujian bertulis untuk menilai kefahaman para peserta. Jika lulus, sekeping sijil layak bernikah akan dikeluarkan, dan sijil ini sah laku seumur [...]