Tanpa Mereka Siapalah Kami ? Terima Kasih …
Pada Ahad 25hb Feb 2018 , bertempat di HQ Subang , Kami telah mengadakan Majlis sambutan ulang tahun ke-2 kami.Alhamdulillah atas izin Allah Majlis berjalan seperti yang dirancang dan cuaca amat baik .
Tujuan kami mengadakan Majlis Ulang Tahun dan Open Day untuk semua pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara semua dan juga membuka peluang untuk bakal pelanggan untuk merasai secara live nye suasana majlis dan juga merasa keenakkan makanan yang kami tawarkan .
Dan ribuan terima kasih diucapkan untuk semua supplier kami yang sudi menaja dari segi kelengkapan kanopi , kuih-muih , slice kek ,photorgafer , doorgift dan juga pulut kuning .
Mereka ialah orang kuat kami , tanpa mereka mana mungkin majlis-majlis yang dilangsungkan oleh Cahaya Kristel Event & Catering sdn Bhd boleh berjaya dengan jayanya .Tanpa kepakaran mereka mana mungkin kami boleh sampai ditahap ini .
Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan juga kepercayaan yang telah diberikan . Semoga ukwah ini kekal sehingga ke akhir hayat InsyaAllah .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.