Teknik Pemasaran yang Memperjudikan Agama , Apa Kesannya Kepada Kita ?

Teknik Pemasaran yang Memperjudikan Agama , Apa Kesannya Kepada Kita ?

B_xXgCfU0AAwAF3

Sekarang seolah-olah menjadi “trend” pula , bila ramai antara peniaga atau pengusaha produk yang menjadikan teknik marketing seperti ini untuk melakukan produk dan jugak memperkenalkan produk , Contoh terdekat ialah seperti isu pelancaran produk terbaru di kelab malam dan lelaki kejap nak jadi perempuan kejap nak jadi lelaki ini .

Benda ni nampak macam tak penting tapi tengok kesannya pada kita , mana anak muda yang tak tahu kelab malam bernama ‘zouk’ tu terus tahu . Dan kalau dah tahu mesti nak tahu lebih mendalam kan , jadi secara tak langsung kita sendiri telah mempromosikan kelab itu sendiri .

Dari impak positive nya yes bila seorang perempuan dengan usia yang muda mampu berjaya sehingga tahap tersebut memang sesuatu yang luar biasa , tetapi secara tak langsung produk yang kita jual itu sendiri , adakah memberi manfaat kepada pembeli atau sebaliknya .

Dari pandangan negetif pula , banyak sebenarnya yang salah , lokasi itu sendiri dan salah cara tu sendiri dan salah tapi yang penting pendapat dan cara kau berfikir sendiri tu lagi lah salah . Jangan kita kerana duit kerana nak lakukan produk kita menghalalkan sesuatu yang terang-terangan salah .

Berbalik kepada agama islam sendiri , jangan lah kita dijadikan contoh sebagai seorang yang memperjudikan agama . Mungkin niat Miss N tak macam tu tapi tindakan beliau buat ada antara  orang bukan islam sendiri boleh sindir dan tegur kita , tak ke kita rasa malu sebagai orang islam sendiri .

Belum bab si pengasas produk yang sibuk kejap berubah jadi lelaki kejap berubah jadi perempuan dan admin sangat tak paham masih ramai yang menyokong tindakakan beliau . Ramai yang tak sedar pekara ini memberi kesan ke generasi muda zaman sekarang . Yelah ramai akan menjadikan beliau sebagai idola . Tapi cara dan perbuatan yang dilakukan oleh dia sendiri adalah salah . Cuba bayangkan anak anak muda kita akan mula mengikut berpakai atau bercakap seperti mereka , tak takutkah kita .

Kita bukan nak menghakimi sesebuah pihak tersebut cuma , kita nak orang nampak apa kesan ini kepada kita sendiri . Tambahan sekarang orang memang suka sangat ‘viral’ kan sesuatu , secara tak langsung kita automatik tolong mempromosi kan mereka .

Sedangkan sekarang seolah olah ‘trend’ pula bila ramai sangat pengusaha produk yang bertindak seperti mereka , seperti tiada apa yang salah .

Perkongsian ini ditaip dengan niat untuk kita sama-sama tahu apa kesanya kepada kita dan  macam mana nak buang budaya ini yang telah jadi terlalu biasa antara kita sebagai pengusaha melayu .

Sama-sama lah kita berlapang dada .

Share this post

Leave a Reply