Tips Diet Untuk Pengantin Lelaki Yang Mudah dan Dijamin Berkesan

Tips Diet Untuk Pengantin Lelaki Yang Mudah dan Dijamin Berkesan

 

1.Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Amalan pemakanan yang sihat ialah salah satu anda dapat sihat dalam masa sama anda dapat menurun kan berat badan , ini kerana sebahagian besar berat badan kita berlebihan adalah disebabkan pemakanan kita yang tak sihat , sebagai contoh FAST FOOD dan juga JUNK FOOD yang telah menjadi salah satu rutin makanan wajib seharian kita salah satu nya MEE SEGERA .

Walaupun kita sedar akan keburukan makanan tersebab tapi kita tetap juga jadikan ianya makanan sampingan kita .Percayalah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat seperti banyakkan makan makanan berbentuk rebusan dan kurang minyak , sedikit sebanyak ianya memberi pengaruh kepada berat badan kita .

Kalau admin , admin galakkan korang try diet alkins , sebab sangat berkesan dan menyihatkan .

 

2.Bersenam

Bersenam ialah salah satu cara yang paling berkesan , dan ramai kebanyakan pengantin mengamalkan nya . Dengan kemudahan Gym dan kelas lain-lain , tiada lagi alasan untuk anda kurus atau menjaga badan .

Selain untuk menurunkan berat badan , anda juga dapat meningkatkan tahap stamina anda .

3.Dapatkan Rehat / Tidur Secukupnya

Tahukan anda tak cukup tidur dan rehat merupakan salah satu faktor utama badan kita naik , ini kerana hormon badan kita bertindak balas dengan badan kita ketika dalam keadaan terlampau letih dan tak cukup tidur , jadi sekiranya sebelum ini anda seorang yang jenis tidur lambat , hadap HP berjam untuk main game dah boleh mula kurangkan sekiranya anda nak turunkan berat badan . Cuba mula sayang badan dan otak anda , sebab ‘mereka’ perlukan rehat yang secukupnya .

 

4.Banyakan Minum Air Masak

Tahukah anda air masak salah satu cara terbaik untuk anda nak kurus , ini kerana air masak tidak mempunyai sebarang kalori (0 kalori) .

 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal pengantin dalam MISI UNTUK KURUS atau KURANGKAN BERAT BADAN sebelum majlis perkahwinan . Dan sentiasa ingat untuk berdiet mental kita harus kuat dan wajib berpegang teguh dengan prinsip diet kita , jangan ada kan walaupun sekali hari CHEAT DAY , sebab percayalah ianya akan berlarutan .

Jadi selamat maju jaya ya !

Share this post