Tips Memilih Warna Tema Pada Hari Perkahwinan Anda !
Ramai bakal pengantin yang masih tak tahu bagaimana nak menetapkan warna team untuk hari majlis , dan masih ada yang still belum tetapkan warna tema pada hari majlis walaupun majlis perkahwinan mereka berbaki sebulan dua lagi .
Disini admin nak share sedikit tips ringkas , insyaAllah mudah difahami oleh semua bride to be . Bakal pengantin boleh guna tips ni untuk majlis korang yang bakal berlangsung .

- Pilih Baju Sanding / Tema Wedding
Benda 1st korang kena buat ialah pilih baju pengantin/sanding korang dulu , sebelum tu tetapkan dulu korang nak majlis korang temai modern / tradisional atau modern+tradisional . Lepas dan ada tema ni , korang dah boleh start pilih baju yang mana korang rasa sesuai dengan tema korang .
Tapi make sure baju yang korang pilih kene sesuai dengan korang , aspek sesuai ni korang kena tengok benda ni :
- Warna Kulit
- Bentuk Badan
- Ketinggian
- Jenis Kain
- Design Baju
Pasti setiap pemilihan baju diatas sesuai dengan korang sebab kita tak nak syok sendiri . Jika tak tahu boleh minta tim butik bantu korang untuk pemilihan baju .
Dan Pastikan baju yang korang pilih bersesuaian dengan pasangan korang ya , karang ada yang cantik sorang-sorang atas pelamin pulak .

2. Pilih Pelamin
Benda no 2 yang korang kena buat selepas pilih baju ialah pilih design pelamin serta warna , tips ringkas untuk pelamin nampak wow hanya satu JANGAN PELAMIN OVERSHADOW PENGANTIN .
Jadi make sure pelamin yang korang pilih tu dari segi warna dan deco bersesuaian dengan baju sanding korang serta bersesuaian dengan keadaan majlis korang .
Pilih warna yang tak terlampau berbeza dengan ton warna korang supaya tak terlampau banyak warna digunakan dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kita merumitkan kerja photografer .

3. Pilih Warna Tema Untuk Majlis
Pemilihan warna tema untuk majlis ni lebih kepada warna apa yang overall korang nak majlis korang nampak . Jika korang nak sesuatu yang orang ingat , pilih warna yang terang atau warna blok macam warna Navy Blue , Mustard , Merah , sebab warna- warna ni bagi kesan yang mendalam untuk tetamu yang datang . Tapi pemilihan warna yang terang ni korang kena berhati-hati pilih sebab tak nak nampak carca marba .
Kalau korang takut majlis korang jadi berwarna warni , admin prefer korang pilih warna soft atau pilih off white sahaja , sebab majlis korang confirm nampak cantik and nampak nice ja .
Dan korang tak perlu warna-warna ni overshadow korang .

Last sekali admin doakan , urusan semua bakal-bakal pengantin dipermudahkan , mana yang tengah diuji dengan pelbagai rasa tu , mohon take break sekejap relex , deep breath sabar dan istifar. yakin dengan semua perjalanan yang Allah tetapkan .
Sejak dua menjak ni admin banyak dengar masalah dari customer admin , sebak sedih pun ada . Tapi admin percaya semua ujian ini Allah uji sebab Allah tahu kita mampu . Jadi keep strong ok ! Good Luck .