Tips Menjalankan Majlis Kahwin Di Musim COVID 19

Tips Menjalankan Majlis Kahwin Di Musim COVID 19

Majlis Kahwin

Ramai bakal pengantin yang risau dengan keadaan semasa sekarang tambahan kes covid sekejap naik sekejap turun . Jangan kita lupa untuk norma baru sekarang penjagaan SOP adalah penting baki mengelakan penularaan jangkitan covid anda kita + kita sebolehnya tak nak jadi pencetus kluster baru .

Oleh itu , admin nak share sedikit tips ringkap , bagaimana nak buat majlis kahwin di musim covid .

1. LOKASI MAJLIS

Lokasi majlis adalah satu ISU utama dalam nak buat majlis ni . Kenapa ? sebab kita sebolehnya tak nak buat majlis di kawasan yang padat dan kecil . Kenapa ? sebab kita nak jaga jarak antara kita .
Macam yang sedia ada sop yang semua orang tahu penjarakan sosial tu wajib , jadi mungkin dulu boleh buat majlis dalam pax besar dalam kawasan hall yang kecil atau di pekarangan rumah .
Jadi nasihat admin untuk korang . Pastikan sebelum menetapkan lokasi majlis , tengok dulu berapa pax jemputan tetamu yang korang cadang untuk buat .

Jika korang bercadang buat majlis di bawah kanopi pastikan kawasan rumah korang sesuai . Jika korang mencari lokasi majlis seperti hall atau dewan pastikan hall tersebut alert berkenaan sop.

2. JUMLAH PAX TETAMU

Sedia ada tahu sekarang tiada had untuk buat majlis cuma dia wajib mengikut kesesuaian tempat atau lokasi majlis tersebut. Oleh itu kalau korang bercadang di musim covid ni nak buat pax besar seperti 800-2000 pax adalah tak sesuai . Ini kerana untuk majlis kahwin sop dri MKN & KKM adalah 5 jam sahaja . Jika tempat atau lokasi majlis korang tidak luas yang tidak boleh memuatkan 200-300 satu masa , lupakan sahaja hasrat nak buat majlis dalam pax yang besar . Untuk jangka masa sekarang pax paling besar hanya 100-500 pax .

3.TEMPAH KAD KAHWIN DIGITAL

Kenapa kad kahwin digital bukan fizikal ? Ini kerana covid ni sendiri kita tak tahu surut nya bila , dan kita pun nak kurangkan sentuhan . Kad digital ni tambah musim covid ni ramai yang dah update dan upgrade kad dimana di kad tersebut ada satu ruang yang anda boleh tetapkan tetamu anda datang pukul berapa sesi keberapa .

4.BUAT SESI

Apa yang dimaksudkan dengan buat sesi ? Ha ni penting ya , bagi mengelakkan tetamu datang sekali gus (ingat ye kita tak nak majlis macam dulu maksudnya sekali ramai datang) jadi buat per sesi setiap jam adalah tips penting yang wajib korang follow .

Admin bagi contoh ya . Sekiranya korang nak buat majlis 500 pax , kan setiap majlis kahwin wajib 5 jam sahaja . jadi bahagian setiap jam 1 sesi . cth: 11-12 ( 100 pax tetamu datang ) next 12-1 ( tetamu yang lain pula ) dan kena ingat tetamu wajib datang waktu dan masa yang di tetapkan sahaja .

Jika dewan atau khemah penuh waktu die datang , tetamu tak boleh masuk die kene tunggu di luar dan tunggu sehingga tetamu didalam habis dan keluar .

Bagi mengelakkan tetamu anda penat menunggu , asingkan siap-siap si polan ni pukul 11 si polan ni pukul 12 . mudah.

5. UPAH RELA

Kenapa upah rela ? sebab nak pastikan tetamu kita follow sop . Kenapa tak kita ja ? atau pihak katerer je ? sebab yelah kadang kita ni leka bila dah jumpa kawan sedara mara mula lah nak cium pipi la salam la ,jadi atleast bila nampak rela ni ada rasa takut sikit + rela boleh tegur siapa sahaja yang langgar sop ni . Faham la bila kita yang tegur yang kita tegur pulak makcik kita memang kena tegur balik la cite nya . jadi tak payah pening upah je rela 2-3 orang .

6.DAFTAR MYSEJAHTERA/SELANGKAH

Benda ni simple je jangan skip + WAJIB ADA BUKU REKOD TETAMU yang mencatat suhu tetamu . Kalau xda ni pastikan orang yang jage kaunter depan tengok sendiri suhu tetamu tersebut pastikan bawah 37.5 ye .

Dan kalau tetamu batuk atau selsema mungkin sebab bau belacan pastikan die tak masuk ke dewan , bukan nak kejam tetapi kita tak nak jadi punca , jadi macam mana cara nak buat dengan diorang ni yang ada resdung mungkin . Sediakan kanopi lain , makanan boleh kita ambilkan sahaja .

Kena tegas ye , kang elok happy happy majlis kahwin terus sedih .

7. MAKANAN BY BOX

Tak nak pening ? buat je makanan by box , tetamu ambil sendiri tetamu makan , tetamu buang setel . paling lama 15minit atau 30minit je member kat majlis .

Diharapkan perkongsian ni dapat membantu serba sedikit kegelisahan bakal-bakal pengantin . InsyaAllah yang penting kita usaha sebaik mungkin membendung penularan gelaja ni . Siapa tahu mungkin tahun akan datang kita dapat merasa kemeriah majlis perkahwinan dimana tak perlu ada perasaan risau dan boleh bersalam dan berlaga pipi tanpa ragu-ragu .

Akhir kata , jika anda mencari pengurus perkahwinan yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerisauan anda menjalankan majlis di musim covid ini , kami di CAHAYA KRISTAL boleh bantu anda selesaikan masalah tersebut insyAllah .

Share this post