Tips Merancang Perkahwinan 12 Bulan Sebelum Majlis
12 Bulan Sebelum Majlis :
- Mula mencari lokasi untuk majlis perkahwinan anda , jika majlis di rumah tak pela , jika merancang majlis di dewan atau pun di taman , perlu menempah awal bagi mengelakkan isu dewan penuh terjadi .
- Mula survey katering atau wedding planner untuk majlis anda .
- Mula merancang bajet perkahwinan anda , supaya dapat planning kewangan dengan lebih teratur.
- Mula merancang tema untuk majlis anda , supaya mudah untuk anda mencari item yang diperlukan,
6 Bulan Sebelum Majlis :
- Mula menempah katering , pelamin , fotografi , doorgift dan lain-lain
- Mula menempah baju perkahwinan
- Bayar apa yang perlu , seperti baki pembayaran untuk item kegunaan majlis kahwin.
3 Bulan Sebelum Majlis :
- Fitting Baju Nikah & Baju Sanding
- Memilih Warna tema majlis
- Memilih reka bentuk pelamin dan warna tema
- Tempah kad kahwin
- Double check balik semua persediaan perkahwinan
- Pastikan kad kahwin dah siap dan dah diedar
- Pastikan baki payment untuk item yang belum selesai di selesaikan
- Pastikan item yang kecil seperti cincin kahwin dan mas kahwin sudah diasingkan .
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua , kami juga menerima tempahan kad kahwin dan juga doorgift .
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Puan Ija
0182052008