“Wedding of the year” Tetapi Berhutang ?

“Wedding of the year” Tetapi Berhutang ?

Ramai antara pengantin sekarang sanggup berhabis puluhan ribu untuk majlis perkahwinan idaman mereka , dan ramai antaranya bukan lah  dalam golongan berkemampuan serta keluarga yang berada . Ada yang segelintir sanggup membuat pinjaman tak kira bank , atau pusat pinjaman berlesen sehingga mencecah puluhan ribu .

Ada yang anak dah masuk 3 pun masih belum mampu untuk bayar hutang untuk majlis perkahwinan . dan ada juga masih tak menyelesaikan hutang perkahwinan walaupun namanya hutang . Dimana rasional dan sebab yang munasabahnya untuk kita menanggung hutang yang besar semata mata untuk majlis perkahwinan yang hanya mengambil masa sehari .

 

Jika difikir kan semula dan atas beberapa perbincangan dan juga kajian semua nya berpunca daripada adat serta kerisauan terhadap pandangan orang ramai a.k.a makcik “bawangs” . Islam itu sendiri mudah jadi kenapa kita sulitkan.

Sejak dua menjak ni banyak isu ni yang di’viralkan dimana ramai golongan muda sekarang terperangkap dengan hutang-hutang yang jumlahnya tak masuk diakal dan ramai juga golongan muda yang diistihar muflis .

Pada pendapat admin jika berkemampuan dan mampu tiada masalah ialah duit masing-masing kan , tapi jika kurang berkemampuan abaikan sahaja , sebab masa depan selepas kahwin lebih penting dan bermakna .

Ramai bakal pengantin yang ingin mendirikan majlis perkahwinan yang admin pernah berjumpa menyatakan kerisauan mereka bila mana bajet mereka tak besar tetapi atas tuntutan keluarga dan juga orang sekeliling mereka rasa amat berat dan risau .

Admin turut merasa tempias tersebut , tapi apakah daya , sebab tekanan sekeliling banyak bakal pengantin tepaksa akur . Ada yang kami cuba bantu dengan cuba memberi pendapat dan juga nasihat Alhamdulillah ada yang terbuka mata dan hati .

Akhir kata admin harapkan , kita semua sebagai rakyat Melayu Malaysia dapat mengubah mateliti kita bab perkahwinan dan juga penyediaan majlis .

Jika ada dikalangan anda yang mencari pakej perkahwinan dan ingin mendapatkan perkhidmatan nasihat percuma , jangan segan silu hubungi pegawai pemasaran kami untuk maklumat lanjut .

 

Pegawai Pemasaran

En Izuddin – 013 2862454

Cik ekin – 013 2872454

 

Share this post